29 December 2010

saya nak merajuk la !

aku benci perkataan merajuk sebab nampak macam kanak-kanak ribena je ! kalau aku nak merajuk pun aku try buat buat tak merajuk. hpfttt ! aku jiwa rock, ganas, mane ade hati span ni. grrr ! tapi aku still perempuan, hee perempuan ni leceh kan? sikit sikit nak tacing. grr! 




KITA NAK CAKAP YANG KITA MERAJUK DENGAN MEMBER KITA, TAPI KITA NAK LEPASKAN MARAH DENGAN NAK BERITAHU YANG ....




"KAU KAWAN YANG PALING BODOH SEBAB TETIBE NAK TARIK MUKE DENGAN AKU, PADAHAL DULU AKU LA YG BANYAK BACK UP KAUUUU! TIME KAU NAK NANGIS JE KAU CARIK AKU, TAPI BILA KAU DAH ADE TUTT KAU SEDAP SEDAP CAKAP AKU MEMBER TAK GUNA, BAK SINI OTAK KAU, AKU POLISH KASIK CLEAR SIKIT, TENUK, TAPIR LA KAU NI !"


huh ! done ! 


*nak gado-gado la, aku lagi suke cakap depan-depan dari kau tarik muke macam squidward bodoh tu !



26 December 2010

contest aku dan kacamata

aku secara jujur cakap aku tak reti bab-bab contest ni, 

tapi bila yang dilayangkan itu duit dan bukannya 'hadiah misteri', 

lantas jari jemari kemas menyusun ayat dan mengupload foto kacak-ku !

ini encik punye belog:

yang buat ini contest :


dan 

ini pulek aku punya muke dengan kacamata


aku nak tag bebudak ni:


tak reti cakap banyak, kau manusia baca jelah apa yang dia nak ni ea

Syarat-syaratnya:
  • Menjadi follower seikhlas hati yang mungkin
  • Memerlukan gambar anda yang memakai kaca hitam..terpulang edit ataupun original
  • Tinggalkan link anda di entri INI apabila sudah join dan letakkan gambar banner di sidebar
  • Tag 2 orang rakan anda

Hadiah-hadiahnya   

Tempat pertama: RM 100
Tempat Kedua: RM 80
Tempat Ketiga: RM 50


23 December 2010

.pelekat L dan pelekat P.

aku teringat masa aku kecil kecil dahulu, aku kanak kanak yang pendiam bila berdepan dengan orang ramai tapi petah bila berdepan dengan keluarga sendiri. masa aku kecil, ayah rajin kerja luar daerah, luar negeri *omputeh kata: outstation* , yang bestnya bila ayah outstation mesti ayah bawak sekali mak dan kami adik beradik empat orang ni. aku masa tu baru pandai membaca so dalam perjalanan nak ke suatusuatu tempat tu konfem-lah aku ni akan baca apa je yang terpampang kat signboard ke banner ke dan lainlain lagi. nak dijadikan cerita aku ternampak kereta kat depan ni ada pelekat L, lepas tu satu kereta memotong kereta ayah dan kereta itu ada pelekat P, so otak kanak kanak aku ni laju je membuat eksperimen sendiri dan cakap kuat kuat, "ayah, L tu lelaki kan ? kenapa yang bawak tu perempuan? tadi kereta yang potong kita tu P, P kan perempuan kenapa yang bawak tu lelaki pulak? hurmm..." ayah dengan mak yang dengar pun gelak gila gila diikuti dengan gelak tawa tambahan oleh kakak kakak dan abang. last last, ayah explain, "dek, L tu Latihan, P tu Percubaan, nanti adek dah besar dah boleh ambil lesen nanti adek tau la". sekarang, aku dah ade lesen pun, tapi masa aku tengah belajar driving, ayah dah takde dah, dah meninggal.


.seronok jadi budak.

22 December 2010

.engagement.



theme: 
red and gold

date: 
26/12/2010

only family members 

.dakwah.

aku aktif dalam forum, forum bujang ke forum IT forum dakwah, semua aku layan je..kalau oke aku on je, tapi kalau dah start mencarut blabla *opss! tau tau aje la orang lelaki ni, kalau sorang perempuan, sepuluh lelaki suke la mereka menyakat TAPI tu kat forum, realiti aku kurang bergaul degan lelaki. BOSAN ! aku tak suke lelaki baik. hahaha

time muda mudi dulu * cehh..sekarang dah dewasa yawww! aku lebih suka hiburan ! serius mehhh. guwa tak layan nasyid, telinga guwa tau metal and shake shake jaaa.. bhahahah! lantak-lah.

nak jadi cerita, sorang member kat forum dakwah ni cool gile, ayat tak skema beb, die ni la yang menyuntik aku nak bertukar, cewahh! macam sesumpah. die perempuan, aku tanye macam macam tentang islam, die cool je jawab, ayat simple je tapi meresap dalam otak aku.

soalan soalan aku kadang kadang macam bodoh pun ade gak, aku tanya boleh tak kalau aku ni solat, tak tinggal puasa jalan je siap ganti puasa lagi lagi time bendera jepun, die cakap soal pakai tudung tu akan hadir lepas semua amalan tu dilaksanakan dengan ikhlas. serius guwa cakap lu bai, lepas je guwa buat amalan-amalan wajib ni secara tertib, direct je malu lak nak tunjuk rambut. best woo! mak aku laa orang yang paling suke bila aku cakap "mak, sekarang kan bila tak pakai tudung rase macam segan je, kenapa ea?". mak aku cakap "bagus-lah, maknanya dah ade malu". 

next topic, budak ni ajak aku berdakwah, kau orang cuba-lah pikir leklok, macam aku ni die ajak dakwah? aku nak gelak kang die kecik hati tapi aku cakap dengan dia baikbaik, aku ni al-quran kenal, bace insyallah boleh tapi harakat kang tunggang langgang la, makna ade yang tahu dan tak, sekolah agama asyik ponteng! huhu die relax je jawab, nak dakwah gune senyum and bagi salam pun dah cukup. cun kan? simple gila islam yang die kenalkan dengan aku. 

mak ayah aku pernah cakap kat aku, "biar anak mak ayah tak pandai tapi jangan lupa ALLAH".


.ISLAM SIMPLE.

18 December 2010

.complicated.

pernah tak kau ber-hoo-haa dengan geng kau,
dan
mereka hanya phewittt-phewittt a.k.a usha member kau yg cunn aja?
ouh! lagi la kalau kawan kau tu FatinLiyana, FatinSuhana, HamisJalikha ..
lagi-lah jangan harap orang nak pandang kau..
ouh! especially LELAKI !

*dalam hati ... kan best kalau aku secantik mereka? menjadi perhatian?

tutup kes ---------- !

DAN 

pernah tak kau ber-hoo-haa dengan geng kau,
dan
mereka hanya phewitt-phewitt a.k.a usha kau aja?
ouh! 

*dalam hati ... nak je sorokkan muke ni, badan ni, 
tolong jangan buat macam tu, sebab sy tau sy tak cantik 

so ...

 PLEASE DONT PLAY-PLAY WITH ME YAAA !




.perempuan itu menyusahkan.





16 December 2010

.kak nam.

dalam persahabatan kadang kadang ada je yang cemburu di antara satu sama lain, hurmm.. manusia tetap manusia yang punya hati busuk.

aku, dia, mereka berkawan dah lama, kami kenal sejak sekolah menengah, entah kenapa sejak dua tiga empat lima menjak ni ade pulak yang bermasam muka. hurmm.. selidik selidik rupanya ada batu api yang tolong jadi kak nam lak dalam hubungan kami. ouhh terel la kamu! dasat memang dasat, aku sampai terdiam bila nama kau yang jadi punca, terdiam, kaku, sedih amat amat !

kami memang rapat, malas nak fikir bukan bukan kenapa kiteorang dah renggang. akhirnya, dapat tahu .. seorang di antara kami yang mencemburui kemesraan di antara yang lain, membuat cerita bukan bukan. sakit hati sangat sangat tapi sebab nama kau tetap dalam list member, aku abaikan, aku anggap benda tu dah settle, malas aku nak panjang lebar sebab hati dah terguris. beb, aku cakap betol kalau kau tu pangkat balak, kau ludah aku dengan kahak pun aku boleh tahan, tapi ni kau member la bodoh, aku sayang gile kau maut maut, ape jadah kau buat kiteorang macam ni? puas sangat hati kau tengok kite berpecah. erghhh ! sudahh.. aku cuba untuk senyum selepas ini, kau bikin hati ini terkopek.

biar aku senyap tanpa bicara, bila aku bersuara, aku suka guna tangan kaki. soryy mangkuk !

*still de rasa nak lempang muka kau !


.kawan lawan.

15 December 2010

.kang aku kata kau bodoh, kau bangga lak.

+6285213762134
"ini ayah lagi meminjam hp.kawan,sila beli keredit RM30, ke no.baru ayah 0178907102, ayah lgi ada masalah di pejabat polis, jgn dulu tlpn, nanti ayah yg tlpn.cepat"


pernah tak korang dapat mesej macam ni ??
erghh! tetibe nak mengamuk dengan orang gile yang suke menipu ni. i guess dieorang ni sabahan or sarawakian or INDON? based on ayat and num. phone la ..

memule rase nak ignore, last last aku reply gak ..
"ayah aku dah meninggal la gile"

.akal pendek.


.cubentvseven.

Dear Nurul,
Thanks for your e-mail.
We loved your comments! 
Congratulations! You have won a copy of "The Girl Who Kicked the Hornet's Nest" courtesy of MPH Distributors.

Look forward to your book in the mail!

Thanks for watching and continue to tune in!

CUBE
Every Thursday, 830pm on ntv7, Astro Channel 107
Tel:  03-7726 8777 ext. 7057
Fax: 03- 7726 0590

heeee hoooo haaaa

cun tak ? cun tak? bukak bukak email je tejengah mail ni dalam inbox kat gmail.

etceli, dah two weeks aku tengok cubentv7 setiap khamis, 8.30pm sebab topik topik yang ade best best and sesuai sangat la untuk tahap umur aku ni.

antaranya:

JOB GUIDELINE

PARKOUR (aktiviti ape ni? search la cepatt)

zzzzzzzz ...

so ini entry cakap pasal aku tengah menunggu inchek postmen letak buku tu kat mailbox aku ..





.penantian itu penyeksaan.




14 December 2010

.konbokesen.

pernah tak anda rasa nak bunuh berukben ?
ouhh itu yang aku rasa sejak berukben ni buat hal, entah jangkitan ape la dalam badan die ni.

disebabkan berukben ni la, foto foto konbo aku tak dapat di upload dekat FB, niat nak berlagak walaupun pointer haramm ---> budak IQ rendah !

so, kali ini insyallah dengan berkat doa aku kat tuhan, tarrraaaaaaa !!!!!!

toink !

toink !

toink !

toink !


 .same muncungg
.
.dengan akak peace yaww.

.dengan akak nerd.

.dengan abang bunchett.

ehem ehem if korang nampak aku macam penyanyi nasyid, itu adalah disebabkan aku menunjuk rase protes kat bunda sebab bunda marah bile aku suke jelir lidah, tunjuk peace, tunjuk gigi time snap snap !



.diploma sahaja.

13 December 2010

.masak.

scene satu:

tadi lepas aku tunjuk skill memasak, cehh bunyi macam hebat tapi realiti, aku cuma tengah rajen nak jadi chef kat dapur time cuti ni, setakat ni aku rajen buat cendawan goreng, pisang goreng, bubur campur, spaghetti gune prego, mee sup pama, nasi goreng, daging barbeque ... ceh ceh hujung jari je kan? hahahaha

walaupun semua fuds ni nampak macam simple sedap! *promote buku chef wan.
tapi tak semua orang rajen nak buat kan? hehehe so di atas kerajenan aku menjengah dapur time cuti, bunda dan kakak aku keluarkan statement ni: "ouh dah pandai masak da die, boleh lah kahwin lepas ni". ngee ape lagi? ape lagi? aku pun cakap: "nak nak nak !" konfem la siapa yang dengar aku cakap macam ni akan bilang gwe 'gatal, gedik' ...

ouhhh,walaupun sesungguhnya, kalau duit aku setinggi gunung, skill masak dah macam chef wan *promote lagi*, budi pekerti mulia, body dah slim melim.. aku insyallah tak nak fikir kahwin lagi, ouhh tidak!



scene dua:

salah seorang member lelaki yang tetibe call,

woytt, ko tengah buat ape? aku call tak angkat angkat?

baru lepas basuh baju. *part time jadi maid time cuti*

tak masak ke? dah nak dekat lunch dah ni

kakak aku la yang masak

ko bile lagi nak belajar masak? umur dah cukup nak buat jadi isteri aku
*ayat memang macam nak kena maki*

aku belajar masak time aku cerai dengan ko nanti

engko ea, ade je jawab, kang takde lelaki nak ko kang, dah la buntal
*memang tunggu saat nak kena double maki*

buntal buntal aku, de kacau hidup ko? ala relax la, nanti nak kahwin aku belajar la masak tu,
bukan cucah, cenang je! ngee

******************************************************************************

**psst! siyes, aku suke masak tapi perlu ke rush nak pandai masak? hello, makcik aku masak sedap tau even die belajar masak lambat, mak budak ni  ANYS AMYRA, kalau nak order laksa sedappp sangatt, deal la dengan mak die, heheehehehe ampunnn !


.MASAK PIKAT SUAMI.


09 December 2010

.entry spesel untuk aow.



aow adalah kuceng comel yang asyik mintak mintak makan kat rumah aku ..
cara dia jerit 'aow aow' sangat comel, bunyi macam mintak simpati je,
kadang kadang nak sapu sampah ke nak basuh baju sampai kena stop kejap sebab semata mata nak layankan aow tu makan, jilatjilat bulu, nak halau kuceng yang gaduh dengan dia ..

aow ni kuceng jantan lelaki tapi die pondan, oopps! hehe
serius! die pondan, dengan kuceng betina perempuan pun die nak takot ..
sebab die pondan la, aku rajin nak jengah die takot die kena buli ! hurmm

aow best sebab die montel, gumok, ekor beso, tapi kotor sikit ..
maybe owner die buang die macam tu, takde sape nak basuh,
aku nak bela tapi die kuceng jantan lelaki, suke sangat srettt sane sini,
sebab die comel, bunda and aku tak pernah marah die srettt ..
huhuhu kalau kuceng jantan lelaki lain srett dah lama kena huarghhhhh dengan penyapu! hehehe


bertuah kan jadi aow, ade orang sayang, die nak tumpang tido atas washing machine pun oke je,
kalau kuceng jantan lelaki lain dah lame tak sempat tido lena dah kena halau .. ngee!

aow comel, teman aku time cuti ni, sebelum ni aku ade bela sekor baby kuceng, lepas die hilang, terus taubat tak mau bela lagi, sebab bile die hilang, aku boleh nangis macam ade orang meninggal lak, huhu time nangis kena sorok sorok takot orang tanye, tak tau nak jawab ape. hehehehehe



.aow aow aow.

07 December 2010

.sikula sikula.

*sikula = sekolah

dah dua tiga empat lima hari berukben / mr. bb / broadband buat hal, sakit mental !
macam macam foto nak di upload tapi tak menjadi,
lantak - lah! nak hangin pun kau hanya se-ekor berukben !

korek korek folder kat laptop ..
terjumpe foto foto raya tahun ni, foto foto dengan member gile aku, kiteorang lalu kat sikula lame sultan abu bakar girls school, bangga gile dapat masuk, lagi lagi guard, makcik makcik cleaner still ingat muke kitorang ni, mane tak ingat budak budak nakal woahhh!

aku ni jenis pendiam, so cikgu cikgu kurang detect kenakalan aku, tiap kali hari terbuka, cikgu bagi komen aku ni senyap sangat - suka study sendiri, bila balik mak aku siap cakap betul ke anak mak baik sangat kat sikula .. huhuhu mak aku kenal siapa aku, depan cikgu memang cover baik punyeeee !

time form four, aku ditawarkan masuk four science one, tapi aku taksuka sebab budakbudak kelas tu semua skema gile.. huh! so aku stay je dalam kelas sciencetwo sampai form five.

.seat minah rendang kena depandepan.

.tuck-shopp kiteorangg, nasik lemak telo goyangg terbaikk.

.co-op!! lepas kantin gi sini la, sonok makann je time ni.

.cool! gedegang ni selalu je abes stok sebab student sikula ni kuat berair =P.

sayang gile kat sikula ni,
seronok sangatttt!


dalam setiap perjalanan, yang ini antara terindah ! peace!



.sekolahku sorgaku.



05 December 2010

.setahun.

4/12/2009 ----- 4/12/2010
setahun sudah ..
maaf!

jauh sudut hati aku ingin engkau, 
tapi 
aku lagi impikan TUAH, JEBAT, LEKIR, LEKIU, KASTURI !
bakal suami lagi satu !!!!



.cinta bukan keutamaan.

03 December 2010

.NEO 949.

hai hai hari ini ana rasa ana sangat suka untuk menyatakan ana idamkan kereta SATRIA NEO. Ente tau tak,kereta itu manyak cool,ana tak saba nak habeskan study,nak kerja cepatcepat nak jadi owner NEO 949. Woot woot! abang ana kate no plat tak boleh ade 'O' tapi takpe,ana nak merayu sampai dapat kat JPJ, kalau kena beribu pun ana sanggup. Tuhan! Psst psst doa yang ni makbulkan jugak tau,even doa ni macam anganangan matjenin je. Ouhh neo a.k.a my future hubby! LLY NEO!

29 November 2010

.aku benci pada penghina gadis.

mungkin niat kau nak menguji ?
entah la, tapi baran aku bukan untuk kau sipenghina
mungkin aku kurang agama? mungkin aku kurang tatasusila?

tapi perlu ke kau namakan aku macam tu?
seronok kan?
sebab kau lelaki !
kau tidak pernah diajar merasa kecil, rendah, tunduk ..
kau takkan pernah faham
sebab kau manusia yang azalinya EGO !

kalau yang tinggal adam tak berilmu macam kau ...
kalau yang tinggal adam tak bermaruah macam kau ...
kalau yang tinggal adam tak berihsan macam kau ...

malangnya aku menjadi sihawa itu ..


kalau boleh bagi satu tiupan ..
tolong tiupkan nafas kesedaran pada mereka .. tuhan !


.diam aku dimulut.

26 November 2010

.cerita kawan II.

kawan ni kawan lame, kawan semasa dan insyallah kawan sampai bilabila,
sekarang die buat derk je dengan aku (text, pm or etc) dan sekali buat kenyataan balas: 

"kalau dah sayang kena show the love between us"

kenyataan balas ini ditujukan untuk kenyataan aku yang macam ni:

"‎.i hate when my friends keep on talking about her BF or his GF, just keep it as a secret, your love not OUR love, let she or he be the BEST just in your HEART, yess YOUR ♥.

so maybe mungkin die kecik hati ?
oke, nak jelaskan aku punya siPeneman hati juga tapi tak perlu untuk terlalu luahkan isihati melampau lampau, pandangan aku ade sebab:

  1. lelaki ni kalau kite luahkan sangat rase hati, die jadi lemak so biarkan die raguragu dengan hati kite, jangan senangsenang buat die rase kite dah jadi milik die.
  2. bila boy or girl yang luahkan , contoh: sayang, i love u so much, u are the most important person in our life. *contoh oke ! korang cube la bace ulangulang, ape gile ke dengan partner yang belom tau lagi jadi ke tak nak cakap die important. shit ! lagilagi yang ade parents kat fesbuk, kalau parents bace, tak ke kecik hati, penatpenat orangtua bela, jage elokelok, senangsenang partner korang yang dapat title VIP tu ? rasional sikit la kawan. cinta pun jangan lupa tepitepi.
  3. kau bikin cinta itu murah ! cinta mahal pada aku, cinta macam orang duludulu, main cakcak ! perempuan sentiasa di belakang biarkan lelaki yang bersuara. mungkin aku terlalu konservatif ? hurmm..

soryy beb ! au revoir !


.tementemen.

.cerita kawan I.

bila dah banyak sangat berbual, makin banyak tau cerita, makin banyak mengata, makin banyak dosa.
sebab tu aku cuba untuk kurangkan bercakap, jalan sorangsorang, diamdiam aje.

dulu mase diploma, aku seronok sangat sebab aku kurang bergaul kurang amek tau hal orang lain, yang aku tau kerja aku siap, aku dapat makan enakenak, dapat tido puaspuas, dapat balik every week.
*rumah dekat : segamat ---> muar !

sekarang degree kat shah alam, aku agak punya ramai kawan yang agak rapat, urmm.. oke ! honestly, bukan tak suke tapi aku benci bila aku dah rapat nanti aku tau cerita macammacam, lagilagi tentang keburukan sebab aku salah seorang hamba Allah yang TIDAK pandai simpan rahsia, memang aku pendiam tapi bila dah bercakap macam takde traffic lite merah ! haih! bila dah terlepas rasa menyesal yang amat sangatttt !

aku teringat mase aku diploma kat segamat, semester akhir (part five), aku baru je tau gossipgossip hangat, pergaduhan antara itu ini dan lainlain. hahahaha siap kena gelak dengan membermember sebab aku slow sangat. excuse me! bukan slow, tapi rase bertuah, AT LEAST aku tak kacau hidup orang dan aku assume orang tak kan kacau hidup aku. that was only an assumption oke ! kenyataan-nya : HUH ! macam setan, ye memang banyak aku tak puas hati tapi aku pilih untuk diam. contohcontoh manusia yang tak berpuas hati dengan makhluk pendiam macam aku adalah manusia yang sering judge aku ni perempuan liar, jahat .. dan siap cakap dah besar susah nak berubah so konfem kena masuk neraka ... geramm sangat oke! tapi sekarang mereka yang dok kata aku ni itu ini sekarang die pulak yang liar ?? hai ... nak join aku masuk neraka agaknye.... hahahahahaha

jujur aku cakap aku tak pernah label manamana kawan sebagai BFF ! nope never ..
aku percaya BFF aku hanya ALLAH dan keluarga949 .. love them so muchh !

tuhan teman terbaik, aku pernah jatuh terok dulu, bukan jatuh luaran, jatuh iman *harap kamu ngerti ya !
aku tak putusputus carik tuhan, aku buat muke tak malu mintak ampun kat tuhan, aku gile - aku cakap sorangsorang dengan tuhan, aku jadikan tuhan teman istimewa siang dan malam .. aku yakin dia ade dan sentiasa ade untuk aku. aku manusia yang tak pernah kenal erti putus asa ! so, kalau raserase diri dah goyang carik la BFF aku ni call je die kat no 24434 ! konfem die layan je. LY ALLAH !



.tementemen.

24 November 2010

.convocation.

*abaikan background*





ini la name budak jakun tak pernah konvo,
teruja gile woo,

minggu lepas,
graduan fakulti sains komputer dan matematik ade raptai konvo kat UiTM Shah Alam.

dapat je jubah,
try dengan membermember kat dalam bilik,

seronok sangat bila dapat pakai jubah dan mortar,

seronok sebab puas sangat dah selesai berdiploma selama tiga tahun,
macammacam cerita,
macammacam hal.

bila dah degree ni,
aku dah mula pandai kawal emosi,
dah tau kesusahan time exam bakal diganti dengan kepuasan bila digraduasikan nanti.

aku bukan tergolong pelajar cemerlang tapi aku tau aku boleh,
cuma dulu ..
aku khayal dengan duniawi ..

syukur
peluang kedua masih ada ..


.meniti puncak.

.the puitis.

sembunyikan kamu
sembunyikan wajahmu
sembunyikan rasa hati ini
sembunyikan sayang ini
sembunyikan rindu ini
sembunyikan kasih ini
sembunyikan luahan ini
sembunyikan doa ini

sembunyikan hubungan ini

aku rela sembunyikan kau seribu tahun pun,
asalkan tiada siapa yang mengganggu ...
aku rela sembunyikan kau sepuluh ribu tahun pun,
asalkan tiada siapa yang mengata ...
aku rela sembunyikan kau seratus ribu tahun pun,
asalkan tiada siapa yang memisahkan ...

aku rela untuk sembunyikan hubungan ini,
asalkan aku pasti kita di jalan yang benar ..
aku rela untuk sembunyikan hubungan ini,
asalkan aku pasti di akhir cherita ..
aku ..
engkau ..
bersatu dengan akad ..

aku sabar, tenang menanti saat inai di jari, saat kau berbaju melayu, saat kau melafazkan
"...aku terima nikahnya ......."


.minta tuhan bantu kami.

20 November 2010

.lelaki ini.

mungkin aku terlalu jauh ..
terdetik dalam hati ..
bukan aku perempuan yang akan duduk di pelamin ..

aku dengar perempuan itu menangis,
kena pukul dengan suami
- bercinta 10tahun
- masuk tahun kedua perkahwinan, belaian manja sampai berlebam lebam dari suami

perempuan lain menangis,
diberi kemewahan tapi
- tidak dibenarkan jumpa keluarga perempuan
- dihina diherdik, walaupun perempuan itu dulu memegang ijazah sarjana muda
- si suami yang berpendidikan agama, lulusan Al-Azhar

perempuan yang itu pula menangis,
kena tendang diperut, hanya kerana
- suami ingin berkahwin lain
- suami yang hanya pemandu bas
- si isteri seorang cikgu

best kan jadi lelaki macam ni ?

ini ke kaum adam yang kaum hawa harapkan sebagai pelindung ?

ini ke ketua keluarga ?

pahala seorang perempuan yang terpaksa berdepan dengan situasi ini ..

mampukah aku ?


.pahala seorang isteri.

17 November 2010

.picture tells the story.

l


.budak baru belajar.


.muke.

oke oke 
jangan muntah,
aku dah lame tak update,
pendiam di khalayak tapi kepoh di belog ...
SUKE HATI LA EH ?

ngee






bhahaha !
bunda aku cakap dah takde kerja lain ?
aku cuma, cuma, cuma bosan melihat muka aku yang normal .. 
done !



.mental disorder.

.burst for us.

kami masih bertenaga untuk happy snappy !

tertiarap, terponggeng, terbaring hanya kerana gambar ... yeahh !

noktah !





.curik dari anysamyra.
she is a blogger too !


.sepupu teman.



engkau tau....

aidil adha kali ni memang gile cun la ..

laksa yang mokcik aku buat memang la cun gile,
aku bukan la kategori minah laksa,
ni first time aku jatuh cintaaaaa sangattt kat laksa .. perghhh! mabeless!
plus cendol second sista, memang cuncun gilegile
plus lagi, tadi pokcikpokcik mokcikmokcik ade even sepupu tak ramai yang ade tapi kiteorang tetap meriah,
cun la borakborak gelakgelak ..
haih! nak lagi macam ni selalu ye TUHAN !

hah! nah untuk tontonan umum ... tarra !






alhamdulilah .. aku dah nikmati syurga dunia !


.tuhan itu adil.



16 November 2010

.wordle.

Wordle: Untitled

dan ini ....


Wordle: Untitled

kite baru jumpe wordle ni ... seronok pulak main benda ni.

*jakun!

bunda kite dah faham dah, asal habis exam dok mengadap laptop, edit itu ini, cakap sorangsorang kat belog.
bunda kata, takpe janji no porno, no porno, no porno ..

*bunda risau sebab student die kat sekolah yang umur 12tahun dah pandai on benda ni.

porno itu membosankan, we're already tau benda tu since secondary school,
so no need to kecohkecoh,
dah besar dah tau baikburuk kan ?!

p/s: budak baru habis exam, so carik benda enjoy macam wordle ni nak releasekan ketegangan.
heart mr. wordle !


on9 sampai pagi, subuh dulu then puteri pucuk kelompang nak nonton movie hindustan.
*mati la kau .. kalau member-member tau hati metal layan hindustan .. memang cun la !*



nak kejot buah hati, nak tunjuk wordle ni kat die .. 
mode: in love ...

.minah gila horoskop.

aku tu!

orang lain baca mags nak tinjau latest style ke ape ..

tapi aku .. selakselak yang hujung yang page belakang-belakang ..

aku suka carik ini .... !






entah kenapa aku suka sangat,
tapi aku suka baca, nak percaya tu malas la, kadangkadang tak kena pun ..
tapi kadangkadang macam kena .. urmmm aaa??!

aku paling suka bila benda alah ni kata aku *cukup menenangkan hati sidia dan tak suka carik pasal*
vah vah vah
manyak bohong,
je suis celibataire - i am single!
*pstt psst .. awak! soryy, saje je test market. uiks?



.horoscophicfobia.

.happy eid-ul adha al mubarak.

tup tap tup dah raya haji, raya korban.
tup tap tup dah habis exam.
tup tap tup dah sampai masa berehat di teratak no.49!!

bahagia sangatsangat,
lagilagi menjelang raya haji,
familyy belah bunda, plan macam best je untuk raya haji ni.

teruja dengar bunda ton (glamerglamer) nak buat laksa,
second sista nak buat cendol,
wahhhh! raya haji ke sambut menantu ni..

setiap kali perayaan ke kenduri ke event apa yang berkait dengan familyy bunda,
memang aku teruja sangat,
seronok sangatttt..

malay custom, simple je, makan ramairamai,
duduk kat bawah, bersila, bersimpuh.. cun!
guraugurau, no rules, no protocol.. cun!

dahdah ...

tujuan utama .... 

HEY KORANG! MEH TENGOK NI ...



.sembelih binatang al-an'am.

30 October 2010

.encik.

entry kali ini nak cakap pasal panggilan encik.

aku rasa itu panggilan hormat yang bunda & ayah ajar,
jangan sesuka hati panggil abang atau pakcik.

situasi:

pegawai keselamatan tempat aku praktikal,
setiap pagi, aku nampak dia, aku ucap assalamualaikum encik.
dia menjawab dengan senyuman, biarpun dia pegawai keselamatan,
senyuman dia lagi ikhlas berbanding kebanyakan boss besar kat situ.

satu hari time aku teserempak dengan dia,
dia cakap kalau boleh jangan panggil dia encik.
terlalu tinggi pangkat tu.
aku pelik? aku balas, aku cuma hormatkan dia tanpa fikir pangkat.

situasi lain,
driver teksi or bas,
"encik, tolong hantar ke uitm ye?"
"berapa encik?"
"dik, tak perlu ber-encikencik, saya driver teksi je"
"dik, tak perlu ber-encikencik, saya driver bas je"

huh!
pangkat atau kelas atau kasta
aku benci ini semua !

apa guna kau berpangkat tapi adab kurang?

aku pingin kedamaian hubungan manusia tanpa ada beda antaranya.


.jangan pilih bulu.

.tunangan orang.

dia tak tahu siapa dia sebenarnya.

dah jadi tunangan,
buat perangai macam tunangan ye!

dulu,
sekejap,
aku sedih dia adalah tunangan,
tapi kini,
tidak secalitt.

terasa ALLAH MAHA ADIL,
tapi masih takut untuk berseronok,
takut TUHAN mengajar aku kali keDUA.

ini hikmah tuhan bagi kat aku,
lepaskan dia yang seorang,
yang sepuluh nikmat ini diperolehi.

wahai kaum HAWA,
ingin sahaja aku katakan,
pilih ADAM yang mahukan kau,
bukan kau mahukan dia.
kesannya,
kau rasakan !




.ADAM carik HAWA.

.habit.

tak ramai tau aku suka cukur bulu kaki,
walaupun bukan pemakai skirt.

tak ramai tau aku suka letak kaki atas meja kalau time study,

tak ramai tau kalau berjalan, aku suka sentuh dinding atau tiang yang aku lalui,

tak ramai tau kalau tidur, aku suka goyang-goyang kaki,
lena sangat macam kena buai.

tak ramai tau aku lebih suke memerhatikan perempuan dari lelaki,
opps! statement haram.

tak ramai tau aku suka kemas gerobok / almari baju berkali-kali,
selagi tak puas hati selagi tu aku selongkar dan kemass !

tak ramai tau aku suka makan sambil membaca,
kalau suratkhabar yang jadi pembungkus makanan pun boleh jadi bahan bacaan.




.perempuan tulen berkelakuan buruk.

23 October 2010

.next week EXAM.

besarkan perkataan EXAM

sebab nak remind kat mimbas mimbas (ni style mak tok aku cakap)
a. k.a member member untuk study betol betol

cehhh

macam i ni kaki study la kannnn

oke...

ni doa aku untuk bebudak CS277 (khususnya)

Ya Allah,
 kau terangkan lah hati kami,
tenangkan lah hati kami,
kuatkan lah semangat kami,
kuatkan lah azam kami,
jadikan kami orang yang sentiasa berusaha
tanpa kenal erti putus asa,
permudahkan lah kami untuk menjawab semua paper pada final exam ini,
permudahkan lah kami untuk lulus dengan cemerlang dengan pointer melebihi 3.00,
Amin ... LLY ALLAH!


bukan cara aku untuk bersaing dengan teman,
aku bersaing dengan diri sendiri,




.musuh terdekat adalah diri kamu.

.teman wanita.

kadang kadang aku penat jadi orang yang mendiamkan diri.

apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku ... teman?
jujur,
aku bukan la sekeras sesombong yang kau nampak dari zahir.

aku nak je sapa kau macam dulu,
kau kenal aku kan?
aku manjakan setiap teman ...
aku tak pedulik gelaran lesbian ...
aku belai sebab aku sayang,
aku tak pandai bermain ayat ...

jenuh
aku tunggu saat untuk kau balas senyuman ...
apa kau tau?
aku menangis sebab punya teman ego macam kau ...

setiap tahun aku doa
ALLAH kurangkan rasa marah pada kesilapan lalu ...
aku yang kurang,
aku yang silap,

ini untuk engkau,
maaf ...
aku ingin senyuman kau

itu je !


.1001 teman tak bisa gantikan kau.

21 October 2010

.peribadi.

mereka bising aku terlalu simpan siapa dia yang sedang mengejar hati ni.


mereka kata aku kekasih yang tak bangga dengan hadirnya cinta.


perlu ke?


aku rela semat dia dalam-dalam.


aku rela biar tiada siapa lihat hati kami bersatu.


aku cuma tahu, dia dan aku adalah SATU.


mohon ALLAH bagi peluang kami belajar tentang kasih dan tentang ALLAH.


dia lelaki biasa, 


kurang harta,


kurang rupa,


tapi dia menyenangkan hati aku.






awak, 


maaf! kita berkeras lagi dengan awak.


kita tunggu akad berlangsung baru kita nak luah isi hati paling dalam.


kesabaran awak kunci pengikat hubungan ni. 




.antara terengganu dan johor.

16 October 2010

.ramai lelaki kata aku KURANG AJAR.

perlu ke aku berlembut pada lelaki yang bukan milik?

hal itu mengajar aku untuk sentiasa bekeras.

dan aku memang tak kan lupa.

ulang-ulang bunda kata jaga perangai jangan sampai ade lelaki yang berdendam

hanya sebab kekasaran aku pada mereka.

cuba-cuba

tapi aku masih aku

keras hati tak sudah-sudah.

lagi best bula seorang kaum Adam bilang:
kau cantek sangat ke sampai nak menyombong dan berkasar dengan aku?

maaf! maaf aku di belog ini, bukan didepan arjuna yang tak mengerti.

maaf lagi..

lembut aku untuk dia, dia yang tuhan tentukan untuk aku.

.mawar liar.

telekung ouh telekung

terkesima bila ade telekung yang lalu lalang dengan kaler yang meriah gile.

merah mak ngah, hijau loklek (jawa oke!).




hahaha


tapi lantak la janji solat cantek camne ko punye telekung oke.


banyak-banyak kaler, aku tetap berkenan yang putih bersih. itu aku !



nah! telekung-telekung yang aku curik kat google !


cunn! simple!



comelnye babyyy bertelekung.


au revoir !




07 October 2010

.bila budak johor jumpa budak kelantan.

prejudis !

maaf.

ketelanjuran berbicara menyebabkan aku dibidas.

tapi aku letih,

bosan

MELUAT !

dengan kepura-puraan yang kau tonjolkan.

sudah sampai tahap, kau ..

ye! kau yang dari nun sane tinjau diri sendiri sebelum kau nak hina kami kat nun sini.

bab al-quran, sunnah, hadis

berjela kau huraikan

tapi satu pun kau tak pakai.

HAK TUIH !


.budak amerika.

03 October 2010

.materialistik.

berhujah berdebat

kalau kau, ye kau siLelaki tak puas hati dengan perempuan materialistik

jangan berani mulakan langkah

kenapa mesti mempersoalkan tentang kebendaan itu,

kalau kebendaan itu dicari dengan usaha sendiri dan bukan dari kau ???

aku pantang bila kau label begitu,

bukan aku mengemis,

bukan aku menagih simpati,

bukan aku menipu,

dan paling penting ....

bukan aku pakai duit bapak kau !

18 September 2010

.contest di mukebuku.

menjelang nak raya hari tu


aku sengaja buat contest kat mukebuku.




idea tecetus bila kebosanan, 


keseorangan dalam bilik 


menunggu waktu untuk pulang ke kampung halaman.




duit syiling yang bertaburan aku susun-susun kasik kemas,






aku post kat mukebuku,


tag member-member,


siapa dapat kira dengan tepat,


dan tiga orang yang pertama menjawab akan di beri duit ni.


sebenar niat nak bersedekah 


tapi macam tak seronok bila bagi kosong je.


=P




contest seterusnya mungkin barang atau pun duit jugak.




aku terbaca satu cerita, yang mana bila bersedekah 


terhapus dosa sedikit demi sedikit


dosa aku melambung, mungkin dengan cara ni


aku tak duduk lama-lama kat neraka. 


insyaallah




.aku sentiasa risau tentang hubungan aku dengan ALLAH.