18 September 2010

.contest di mukebuku.

menjelang nak raya hari tu


aku sengaja buat contest kat mukebuku.




idea tecetus bila kebosanan, 


keseorangan dalam bilik 


menunggu waktu untuk pulang ke kampung halaman.




duit syiling yang bertaburan aku susun-susun kasik kemas,






aku post kat mukebuku,


tag member-member,


siapa dapat kira dengan tepat,


dan tiga orang yang pertama menjawab akan di beri duit ni.


sebenar niat nak bersedekah 


tapi macam tak seronok bila bagi kosong je.


=P




contest seterusnya mungkin barang atau pun duit jugak.




aku terbaca satu cerita, yang mana bila bersedekah 


terhapus dosa sedikit demi sedikit


dosa aku melambung, mungkin dengan cara ni


aku tak duduk lama-lama kat neraka. 


insyaallah




.aku sentiasa risau tentang hubungan aku dengan ALLAH.

16 September 2010

.rambut panjang.

rambut kau lebih panjang dari rambut aku

aku tertarik dengan rambut itu

aku tertarik dengan bahasa tubuhmu

gerak bibirmu

gerak matamu

iyyya !

aku sudah jauh meyelinap

maaf !

terpesona dengan ciptaan tuhan

yang aku tidak bisa miliki

dan

TAK AKAN !


.aku suka hayati tubuh itu.

.benci pada jarak.


aku benci pada jarak

aku benci pada penghitungan pertemuan

yang entah jadi atau tidak.

DIA tentukan.

aku setuju.


aku benci pada jarak pemisah

aku benci pada jarak umur

aku benci pada jarak status


aku cuma mahu kau
kau,

siPeneman

siPenjaga

siPendengar


cepatcepat kesini

cepatcepat dapatkan aku

cepatcepat 

jangan lambatlambat

aku dah tak sanggup bermain dengan jarak !


.kita tutup cerita hati depan mereka.

.gadiskabaret itu menuju ke masjidilharam.



bukan aku


dia


bukan dia


tapi engkau


haha

tergelak aku dengan kenyataan-kenyataan mereka yang membaling-baling kesalahan.


aku tidak pernah gentar untuk mengaku aku gadis itu.


dah tu ? kesah pulak pada kebencian, penghinaan tanpa henti.


dari aku kesah pada mulut tanpa henti mengomel,

baik aku kesah pada Tuhan yang tak henti melindungi aku.


bukan laut namanya jika tak bergelora,

bukan manusia namanya kalau tidak melakukan kekhilafan.


.aku merendahdiri untuk sentiasa mengaku yang aku manusia bersalah itu.


.gadiskabaret itu menuju ke masjidilharam.

15 September 2010

.sessi manja-manja.

bila ade duit, memang banyak yang nak di beli.

kite jenis suke shopping 2kali setahun,

sekarang,
kita dah berjaya mengawal financial dengan jayanya ! hooray !

bila dapat je duit terpijak, teros 'terbangkan' ke akaun-akaun yang ade : 

ASB, TABUNG HAJI, CIMB & BIMB. 

kite selalu spend RM500 untuk shopping for the whole year.

lepas tu kite 'kurung' mate, telinga kite,

supaya tak lihat dan dengar semua SALE yang ade. 

.......................................................................................................................................................

sejak ayah dah tade, dah tak leh hoohaa sangat, 

kena pandai saving sebab dah tak leh gedikgedik lagi depan ayah, 

buat muke mengade nak duit lebih .. 

tapi oke la, sejak ayah jumpa ALLAH, 

kite dah pandai bajet makan, 
bajet beli itu ini, 

YEAH! 
mesti ayah bangga anak die boleh survive.
..............................................................................................................................................

oke ni kite nak tunjuk sikit foto-foto ape yang kite beli, 
kite memang kaki menunjuk. ngee !


bunda kite kate macam beg die zaman dulu !




huhu ini memang kite manyak suke sebab .. HIJAU ! penggila hijau ye kite ni.




yey ! dapat gak, tau tak dah lame aim, bile dah dapat lega sangat.
huhu kite memang jenis suke aim, 
tengok sampai tokei kedai naik menyampah tapi takpe la lastlast kite beli oke!

jam ni mengingatkan zaman duludulu, jam 'pop' name die..
spesel sikit time nak pakai, kena main poppop dulu. hehe



oke, masa untuk peneman shopping mencapub:

my second sista, green hijab! 

life dia da complete tapi asyik mengadu tade orang nak die,
huhu die lawa, pandai serba serbi hal masak,jahit & etc.
*promote kakak!!*

oke, kite nak blah.

 a bientot !

14 September 2010

.terpesona dengan ibu.

perangai suka menyakat itu sinonim dengan aku.


tapi dengan keluarga dan member kamceng, 


yang lain dah sebati menggelar aku sombong.


ngee. 


itu aku, bukan engkau yang peramah ! *aku memerli*




aku suka melihat ketawa, senyuman


lagilagi senyuman dan gelak seorang ibu, bunda, emak, momma atau amma. 


ngee.


ibu, bunda, emak, momma atau amma,


mereka sama sahaja,


bersabar dengan anak-anak,


berkorban demi anak-anak,


indahnya menjadi seorang ibu, bunda, emak, momma atau amma.




contoh: 


aku sengaja memanggil bunda berulang kali,
bunda menjawab, 


"ya, ya, ya, ya, ya, ya, ya, ya, ya dan yang terakhir ... ya anak mak .. nak ape ?"


kesian, sedih, sebak dalam hati


bunda sabar menjawab panggilan aku yang sememangnya ingin bergurau.


situasi lain, 
tapi cara yang sama,
bunda memanggil aku berulang kali,
dan aku menjawab,


"ya,ya,ya,ya dan yang terakhir ... iya mak. nak ape ni? hesh!"


berulang kali rasa terkilan bila teringat jawapan ini yang aku berikan.


bila rasa bersalah tiba,


aku cuba dekat dengan bunda,


aku tanya, pernah tak bunda menyesal ada anak nakal macam aku ?


bunda jawab, 
dia tak pernah menyesal, tanggungjawab dia didik anak-anak selagi ade hayat,
dia tetap sayang walau apa salah sekalipun.




hebatnya seorang ibu, bunda, emak, momma atau amma,
heart you, mommabear ! 















12 September 2010

.syawal.

hebatnya syawal.

mengundang 1000 erti,

bilamana,

aku berhijrah pada diri,

pada belog,

belog baru namun masih bertajuk sama,

berpendirian sama,

berwajah sama,

tetap angkuh.

teruskan bersahabat wahai penggemar bicara tanpa noktah !

.SALAM SAHABAT SEANTERO.

.SALAM SATU SYAWAL SATU MALAYSIA..