30 October 2010

.encik.

entry kali ini nak cakap pasal panggilan encik.

aku rasa itu panggilan hormat yang bunda & ayah ajar,
jangan sesuka hati panggil abang atau pakcik.

situasi:

pegawai keselamatan tempat aku praktikal,
setiap pagi, aku nampak dia, aku ucap assalamualaikum encik.
dia menjawab dengan senyuman, biarpun dia pegawai keselamatan,
senyuman dia lagi ikhlas berbanding kebanyakan boss besar kat situ.

satu hari time aku teserempak dengan dia,
dia cakap kalau boleh jangan panggil dia encik.
terlalu tinggi pangkat tu.
aku pelik? aku balas, aku cuma hormatkan dia tanpa fikir pangkat.

situasi lain,
driver teksi or bas,
"encik, tolong hantar ke uitm ye?"
"berapa encik?"
"dik, tak perlu ber-encikencik, saya driver teksi je"
"dik, tak perlu ber-encikencik, saya driver bas je"

huh!
pangkat atau kelas atau kasta
aku benci ini semua !

apa guna kau berpangkat tapi adab kurang?

aku pingin kedamaian hubungan manusia tanpa ada beda antaranya.


.jangan pilih bulu.

.tunangan orang.

dia tak tahu siapa dia sebenarnya.

dah jadi tunangan,
buat perangai macam tunangan ye!

dulu,
sekejap,
aku sedih dia adalah tunangan,
tapi kini,
tidak secalitt.

terasa ALLAH MAHA ADIL,
tapi masih takut untuk berseronok,
takut TUHAN mengajar aku kali keDUA.

ini hikmah tuhan bagi kat aku,
lepaskan dia yang seorang,
yang sepuluh nikmat ini diperolehi.

wahai kaum HAWA,
ingin sahaja aku katakan,
pilih ADAM yang mahukan kau,
bukan kau mahukan dia.
kesannya,
kau rasakan !




.ADAM carik HAWA.

.habit.

tak ramai tau aku suka cukur bulu kaki,
walaupun bukan pemakai skirt.

tak ramai tau aku suka letak kaki atas meja kalau time study,

tak ramai tau kalau berjalan, aku suka sentuh dinding atau tiang yang aku lalui,

tak ramai tau kalau tidur, aku suka goyang-goyang kaki,
lena sangat macam kena buai.

tak ramai tau aku lebih suke memerhatikan perempuan dari lelaki,
opps! statement haram.

tak ramai tau aku suka kemas gerobok / almari baju berkali-kali,
selagi tak puas hati selagi tu aku selongkar dan kemass !

tak ramai tau aku suka makan sambil membaca,
kalau suratkhabar yang jadi pembungkus makanan pun boleh jadi bahan bacaan.




.perempuan tulen berkelakuan buruk.

23 October 2010

.next week EXAM.

besarkan perkataan EXAM

sebab nak remind kat mimbas mimbas (ni style mak tok aku cakap)
a. k.a member member untuk study betol betol

cehhh

macam i ni kaki study la kannnn

oke...

ni doa aku untuk bebudak CS277 (khususnya)

Ya Allah,
 kau terangkan lah hati kami,
tenangkan lah hati kami,
kuatkan lah semangat kami,
kuatkan lah azam kami,
jadikan kami orang yang sentiasa berusaha
tanpa kenal erti putus asa,
permudahkan lah kami untuk menjawab semua paper pada final exam ini,
permudahkan lah kami untuk lulus dengan cemerlang dengan pointer melebihi 3.00,
Amin ... LLY ALLAH!


bukan cara aku untuk bersaing dengan teman,
aku bersaing dengan diri sendiri,




.musuh terdekat adalah diri kamu.

.teman wanita.

kadang kadang aku penat jadi orang yang mendiamkan diri.

apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku ... teman?
jujur,
aku bukan la sekeras sesombong yang kau nampak dari zahir.

aku nak je sapa kau macam dulu,
kau kenal aku kan?
aku manjakan setiap teman ...
aku tak pedulik gelaran lesbian ...
aku belai sebab aku sayang,
aku tak pandai bermain ayat ...

jenuh
aku tunggu saat untuk kau balas senyuman ...
apa kau tau?
aku menangis sebab punya teman ego macam kau ...

setiap tahun aku doa
ALLAH kurangkan rasa marah pada kesilapan lalu ...
aku yang kurang,
aku yang silap,

ini untuk engkau,
maaf ...
aku ingin senyuman kau

itu je !


.1001 teman tak bisa gantikan kau.

21 October 2010

.peribadi.

mereka bising aku terlalu simpan siapa dia yang sedang mengejar hati ni.


mereka kata aku kekasih yang tak bangga dengan hadirnya cinta.


perlu ke?


aku rela semat dia dalam-dalam.


aku rela biar tiada siapa lihat hati kami bersatu.


aku cuma tahu, dia dan aku adalah SATU.


mohon ALLAH bagi peluang kami belajar tentang kasih dan tentang ALLAH.


dia lelaki biasa, 


kurang harta,


kurang rupa,


tapi dia menyenangkan hati aku.






awak, 


maaf! kita berkeras lagi dengan awak.


kita tunggu akad berlangsung baru kita nak luah isi hati paling dalam.


kesabaran awak kunci pengikat hubungan ni. 




.antara terengganu dan johor.

16 October 2010

.ramai lelaki kata aku KURANG AJAR.

perlu ke aku berlembut pada lelaki yang bukan milik?

hal itu mengajar aku untuk sentiasa bekeras.

dan aku memang tak kan lupa.

ulang-ulang bunda kata jaga perangai jangan sampai ade lelaki yang berdendam

hanya sebab kekasaran aku pada mereka.

cuba-cuba

tapi aku masih aku

keras hati tak sudah-sudah.

lagi best bula seorang kaum Adam bilang:
kau cantek sangat ke sampai nak menyombong dan berkasar dengan aku?

maaf! maaf aku di belog ini, bukan didepan arjuna yang tak mengerti.

maaf lagi..

lembut aku untuk dia, dia yang tuhan tentukan untuk aku.

.mawar liar.

telekung ouh telekung

terkesima bila ade telekung yang lalu lalang dengan kaler yang meriah gile.

merah mak ngah, hijau loklek (jawa oke!).




hahaha


tapi lantak la janji solat cantek camne ko punye telekung oke.


banyak-banyak kaler, aku tetap berkenan yang putih bersih. itu aku !



nah! telekung-telekung yang aku curik kat google !


cunn! simple!



comelnye babyyy bertelekung.


au revoir !




07 October 2010

.bila budak johor jumpa budak kelantan.

prejudis !

maaf.

ketelanjuran berbicara menyebabkan aku dibidas.

tapi aku letih,

bosan

MELUAT !

dengan kepura-puraan yang kau tonjolkan.

sudah sampai tahap, kau ..

ye! kau yang dari nun sane tinjau diri sendiri sebelum kau nak hina kami kat nun sini.

bab al-quran, sunnah, hadis

berjela kau huraikan

tapi satu pun kau tak pakai.

HAK TUIH !


.budak amerika.

03 October 2010

.materialistik.

berhujah berdebat

kalau kau, ye kau siLelaki tak puas hati dengan perempuan materialistik

jangan berani mulakan langkah

kenapa mesti mempersoalkan tentang kebendaan itu,

kalau kebendaan itu dicari dengan usaha sendiri dan bukan dari kau ???

aku pantang bila kau label begitu,

bukan aku mengemis,

bukan aku menagih simpati,

bukan aku menipu,

dan paling penting ....

bukan aku pakai duit bapak kau !