29 December 2010

saya nak merajuk la !

aku benci perkataan merajuk sebab nampak macam kanak-kanak ribena je ! kalau aku nak merajuk pun aku try buat buat tak merajuk. hpfttt ! aku jiwa rock, ganas, mane ade hati span ni. grrr ! tapi aku still perempuan, hee perempuan ni leceh kan? sikit sikit nak tacing. grr! 




KITA NAK CAKAP YANG KITA MERAJUK DENGAN MEMBER KITA, TAPI KITA NAK LEPASKAN MARAH DENGAN NAK BERITAHU YANG ....




"KAU KAWAN YANG PALING BODOH SEBAB TETIBE NAK TARIK MUKE DENGAN AKU, PADAHAL DULU AKU LA YG BANYAK BACK UP KAUUUU! TIME KAU NAK NANGIS JE KAU CARIK AKU, TAPI BILA KAU DAH ADE TUTT KAU SEDAP SEDAP CAKAP AKU MEMBER TAK GUNA, BAK SINI OTAK KAU, AKU POLISH KASIK CLEAR SIKIT, TENUK, TAPIR LA KAU NI !"


huh ! done ! 


*nak gado-gado la, aku lagi suke cakap depan-depan dari kau tarik muke macam squidward bodoh tu !



26 December 2010

contest aku dan kacamata

aku secara jujur cakap aku tak reti bab-bab contest ni, 

tapi bila yang dilayangkan itu duit dan bukannya 'hadiah misteri', 

lantas jari jemari kemas menyusun ayat dan mengupload foto kacak-ku !

ini encik punye belog:

yang buat ini contest :


dan 

ini pulek aku punya muke dengan kacamata


aku nak tag bebudak ni:


tak reti cakap banyak, kau manusia baca jelah apa yang dia nak ni ea

Syarat-syaratnya:
  • Menjadi follower seikhlas hati yang mungkin
  • Memerlukan gambar anda yang memakai kaca hitam..terpulang edit ataupun original
  • Tinggalkan link anda di entri INI apabila sudah join dan letakkan gambar banner di sidebar
  • Tag 2 orang rakan anda

Hadiah-hadiahnya   

Tempat pertama: RM 100
Tempat Kedua: RM 80
Tempat Ketiga: RM 50


23 December 2010

.pelekat L dan pelekat P.

aku teringat masa aku kecil kecil dahulu, aku kanak kanak yang pendiam bila berdepan dengan orang ramai tapi petah bila berdepan dengan keluarga sendiri. masa aku kecil, ayah rajin kerja luar daerah, luar negeri *omputeh kata: outstation* , yang bestnya bila ayah outstation mesti ayah bawak sekali mak dan kami adik beradik empat orang ni. aku masa tu baru pandai membaca so dalam perjalanan nak ke suatusuatu tempat tu konfem-lah aku ni akan baca apa je yang terpampang kat signboard ke banner ke dan lainlain lagi. nak dijadikan cerita aku ternampak kereta kat depan ni ada pelekat L, lepas tu satu kereta memotong kereta ayah dan kereta itu ada pelekat P, so otak kanak kanak aku ni laju je membuat eksperimen sendiri dan cakap kuat kuat, "ayah, L tu lelaki kan ? kenapa yang bawak tu perempuan? tadi kereta yang potong kita tu P, P kan perempuan kenapa yang bawak tu lelaki pulak? hurmm..." ayah dengan mak yang dengar pun gelak gila gila diikuti dengan gelak tawa tambahan oleh kakak kakak dan abang. last last, ayah explain, "dek, L tu Latihan, P tu Percubaan, nanti adek dah besar dah boleh ambil lesen nanti adek tau la". sekarang, aku dah ade lesen pun, tapi masa aku tengah belajar driving, ayah dah takde dah, dah meninggal.


.seronok jadi budak.

22 December 2010

.engagement.



theme: 
red and gold

date: 
26/12/2010

only family members 

.dakwah.

aku aktif dalam forum, forum bujang ke forum IT forum dakwah, semua aku layan je..kalau oke aku on je, tapi kalau dah start mencarut blabla *opss! tau tau aje la orang lelaki ni, kalau sorang perempuan, sepuluh lelaki suke la mereka menyakat TAPI tu kat forum, realiti aku kurang bergaul degan lelaki. BOSAN ! aku tak suke lelaki baik. hahaha

time muda mudi dulu * cehh..sekarang dah dewasa yawww! aku lebih suka hiburan ! serius mehhh. guwa tak layan nasyid, telinga guwa tau metal and shake shake jaaa.. bhahahah! lantak-lah.

nak jadi cerita, sorang member kat forum dakwah ni cool gile, ayat tak skema beb, die ni la yang menyuntik aku nak bertukar, cewahh! macam sesumpah. die perempuan, aku tanye macam macam tentang islam, die cool je jawab, ayat simple je tapi meresap dalam otak aku.

soalan soalan aku kadang kadang macam bodoh pun ade gak, aku tanya boleh tak kalau aku ni solat, tak tinggal puasa jalan je siap ganti puasa lagi lagi time bendera jepun, die cakap soal pakai tudung tu akan hadir lepas semua amalan tu dilaksanakan dengan ikhlas. serius guwa cakap lu bai, lepas je guwa buat amalan-amalan wajib ni secara tertib, direct je malu lak nak tunjuk rambut. best woo! mak aku laa orang yang paling suke bila aku cakap "mak, sekarang kan bila tak pakai tudung rase macam segan je, kenapa ea?". mak aku cakap "bagus-lah, maknanya dah ade malu". 

next topic, budak ni ajak aku berdakwah, kau orang cuba-lah pikir leklok, macam aku ni die ajak dakwah? aku nak gelak kang die kecik hati tapi aku cakap dengan dia baikbaik, aku ni al-quran kenal, bace insyallah boleh tapi harakat kang tunggang langgang la, makna ade yang tahu dan tak, sekolah agama asyik ponteng! huhu die relax je jawab, nak dakwah gune senyum and bagi salam pun dah cukup. cun kan? simple gila islam yang die kenalkan dengan aku. 

mak ayah aku pernah cakap kat aku, "biar anak mak ayah tak pandai tapi jangan lupa ALLAH".


.ISLAM SIMPLE.

18 December 2010

.complicated.

pernah tak kau ber-hoo-haa dengan geng kau,
dan
mereka hanya phewittt-phewittt a.k.a usha member kau yg cunn aja?
ouh! lagi la kalau kawan kau tu FatinLiyana, FatinSuhana, HamisJalikha ..
lagi-lah jangan harap orang nak pandang kau..
ouh! especially LELAKI !

*dalam hati ... kan best kalau aku secantik mereka? menjadi perhatian?

tutup kes ---------- !

DAN 

pernah tak kau ber-hoo-haa dengan geng kau,
dan
mereka hanya phewitt-phewitt a.k.a usha kau aja?
ouh! 

*dalam hati ... nak je sorokkan muke ni, badan ni, 
tolong jangan buat macam tu, sebab sy tau sy tak cantik 

so ...

 PLEASE DONT PLAY-PLAY WITH ME YAAA !




.perempuan itu menyusahkan.





16 December 2010

.kak nam.

dalam persahabatan kadang kadang ada je yang cemburu di antara satu sama lain, hurmm.. manusia tetap manusia yang punya hati busuk.

aku, dia, mereka berkawan dah lama, kami kenal sejak sekolah menengah, entah kenapa sejak dua tiga empat lima menjak ni ade pulak yang bermasam muka. hurmm.. selidik selidik rupanya ada batu api yang tolong jadi kak nam lak dalam hubungan kami. ouhh terel la kamu! dasat memang dasat, aku sampai terdiam bila nama kau yang jadi punca, terdiam, kaku, sedih amat amat !

kami memang rapat, malas nak fikir bukan bukan kenapa kiteorang dah renggang. akhirnya, dapat tahu .. seorang di antara kami yang mencemburui kemesraan di antara yang lain, membuat cerita bukan bukan. sakit hati sangat sangat tapi sebab nama kau tetap dalam list member, aku abaikan, aku anggap benda tu dah settle, malas aku nak panjang lebar sebab hati dah terguris. beb, aku cakap betol kalau kau tu pangkat balak, kau ludah aku dengan kahak pun aku boleh tahan, tapi ni kau member la bodoh, aku sayang gile kau maut maut, ape jadah kau buat kiteorang macam ni? puas sangat hati kau tengok kite berpecah. erghhh ! sudahh.. aku cuba untuk senyum selepas ini, kau bikin hati ini terkopek.

biar aku senyap tanpa bicara, bila aku bersuara, aku suka guna tangan kaki. soryy mangkuk !

*still de rasa nak lempang muka kau !


.kawan lawan.

15 December 2010

.kang aku kata kau bodoh, kau bangga lak.

+6285213762134
"ini ayah lagi meminjam hp.kawan,sila beli keredit RM30, ke no.baru ayah 0178907102, ayah lgi ada masalah di pejabat polis, jgn dulu tlpn, nanti ayah yg tlpn.cepat"


pernah tak korang dapat mesej macam ni ??
erghh! tetibe nak mengamuk dengan orang gile yang suke menipu ni. i guess dieorang ni sabahan or sarawakian or INDON? based on ayat and num. phone la ..

memule rase nak ignore, last last aku reply gak ..
"ayah aku dah meninggal la gile"

.akal pendek.


.cubentvseven.

Dear Nurul,
Thanks for your e-mail.
We loved your comments! 
Congratulations! You have won a copy of "The Girl Who Kicked the Hornet's Nest" courtesy of MPH Distributors.

Look forward to your book in the mail!

Thanks for watching and continue to tune in!

CUBE
Every Thursday, 830pm on ntv7, Astro Channel 107
Tel:  03-7726 8777 ext. 7057
Fax: 03- 7726 0590

heeee hoooo haaaa

cun tak ? cun tak? bukak bukak email je tejengah mail ni dalam inbox kat gmail.

etceli, dah two weeks aku tengok cubentv7 setiap khamis, 8.30pm sebab topik topik yang ade best best and sesuai sangat la untuk tahap umur aku ni.

antaranya:

JOB GUIDELINE

PARKOUR (aktiviti ape ni? search la cepatt)

zzzzzzzz ...

so ini entry cakap pasal aku tengah menunggu inchek postmen letak buku tu kat mailbox aku ..





.penantian itu penyeksaan.




14 December 2010

.konbokesen.

pernah tak anda rasa nak bunuh berukben ?
ouhh itu yang aku rasa sejak berukben ni buat hal, entah jangkitan ape la dalam badan die ni.

disebabkan berukben ni la, foto foto konbo aku tak dapat di upload dekat FB, niat nak berlagak walaupun pointer haramm ---> budak IQ rendah !

so, kali ini insyallah dengan berkat doa aku kat tuhan, tarrraaaaaaa !!!!!!

toink !

toink !

toink !

toink !


 .same muncungg
.
.dengan akak peace yaww.

.dengan akak nerd.

.dengan abang bunchett.

ehem ehem if korang nampak aku macam penyanyi nasyid, itu adalah disebabkan aku menunjuk rase protes kat bunda sebab bunda marah bile aku suke jelir lidah, tunjuk peace, tunjuk gigi time snap snap !



.diploma sahaja.

13 December 2010

.masak.

scene satu:

tadi lepas aku tunjuk skill memasak, cehh bunyi macam hebat tapi realiti, aku cuma tengah rajen nak jadi chef kat dapur time cuti ni, setakat ni aku rajen buat cendawan goreng, pisang goreng, bubur campur, spaghetti gune prego, mee sup pama, nasi goreng, daging barbeque ... ceh ceh hujung jari je kan? hahahaha

walaupun semua fuds ni nampak macam simple sedap! *promote buku chef wan.
tapi tak semua orang rajen nak buat kan? hehehe so di atas kerajenan aku menjengah dapur time cuti, bunda dan kakak aku keluarkan statement ni: "ouh dah pandai masak da die, boleh lah kahwin lepas ni". ngee ape lagi? ape lagi? aku pun cakap: "nak nak nak !" konfem la siapa yang dengar aku cakap macam ni akan bilang gwe 'gatal, gedik' ...

ouhhh,walaupun sesungguhnya, kalau duit aku setinggi gunung, skill masak dah macam chef wan *promote lagi*, budi pekerti mulia, body dah slim melim.. aku insyallah tak nak fikir kahwin lagi, ouhh tidak!



scene dua:

salah seorang member lelaki yang tetibe call,

woytt, ko tengah buat ape? aku call tak angkat angkat?

baru lepas basuh baju. *part time jadi maid time cuti*

tak masak ke? dah nak dekat lunch dah ni

kakak aku la yang masak

ko bile lagi nak belajar masak? umur dah cukup nak buat jadi isteri aku
*ayat memang macam nak kena maki*

aku belajar masak time aku cerai dengan ko nanti

engko ea, ade je jawab, kang takde lelaki nak ko kang, dah la buntal
*memang tunggu saat nak kena double maki*

buntal buntal aku, de kacau hidup ko? ala relax la, nanti nak kahwin aku belajar la masak tu,
bukan cucah, cenang je! ngee

******************************************************************************

**psst! siyes, aku suke masak tapi perlu ke rush nak pandai masak? hello, makcik aku masak sedap tau even die belajar masak lambat, mak budak ni  ANYS AMYRA, kalau nak order laksa sedappp sangatt, deal la dengan mak die, heheehehehe ampunnn !


.MASAK PIKAT SUAMI.


09 December 2010

.entry spesel untuk aow.



aow adalah kuceng comel yang asyik mintak mintak makan kat rumah aku ..
cara dia jerit 'aow aow' sangat comel, bunyi macam mintak simpati je,
kadang kadang nak sapu sampah ke nak basuh baju sampai kena stop kejap sebab semata mata nak layankan aow tu makan, jilatjilat bulu, nak halau kuceng yang gaduh dengan dia ..

aow ni kuceng jantan lelaki tapi die pondan, oopps! hehe
serius! die pondan, dengan kuceng betina perempuan pun die nak takot ..
sebab die pondan la, aku rajin nak jengah die takot die kena buli ! hurmm

aow best sebab die montel, gumok, ekor beso, tapi kotor sikit ..
maybe owner die buang die macam tu, takde sape nak basuh,
aku nak bela tapi die kuceng jantan lelaki, suke sangat srettt sane sini,
sebab die comel, bunda and aku tak pernah marah die srettt ..
huhuhu kalau kuceng jantan lelaki lain srett dah lama kena huarghhhhh dengan penyapu! hehehe


bertuah kan jadi aow, ade orang sayang, die nak tumpang tido atas washing machine pun oke je,
kalau kuceng jantan lelaki lain dah lame tak sempat tido lena dah kena halau .. ngee!

aow comel, teman aku time cuti ni, sebelum ni aku ade bela sekor baby kuceng, lepas die hilang, terus taubat tak mau bela lagi, sebab bile die hilang, aku boleh nangis macam ade orang meninggal lak, huhu time nangis kena sorok sorok takot orang tanye, tak tau nak jawab ape. hehehehehe



.aow aow aow.

07 December 2010

.sikula sikula.

*sikula = sekolah

dah dua tiga empat lima hari berukben / mr. bb / broadband buat hal, sakit mental !
macam macam foto nak di upload tapi tak menjadi,
lantak - lah! nak hangin pun kau hanya se-ekor berukben !

korek korek folder kat laptop ..
terjumpe foto foto raya tahun ni, foto foto dengan member gile aku, kiteorang lalu kat sikula lame sultan abu bakar girls school, bangga gile dapat masuk, lagi lagi guard, makcik makcik cleaner still ingat muke kitorang ni, mane tak ingat budak budak nakal woahhh!

aku ni jenis pendiam, so cikgu cikgu kurang detect kenakalan aku, tiap kali hari terbuka, cikgu bagi komen aku ni senyap sangat - suka study sendiri, bila balik mak aku siap cakap betul ke anak mak baik sangat kat sikula .. huhuhu mak aku kenal siapa aku, depan cikgu memang cover baik punyeeee !

time form four, aku ditawarkan masuk four science one, tapi aku taksuka sebab budakbudak kelas tu semua skema gile.. huh! so aku stay je dalam kelas sciencetwo sampai form five.

.seat minah rendang kena depandepan.

.tuck-shopp kiteorangg, nasik lemak telo goyangg terbaikk.

.co-op!! lepas kantin gi sini la, sonok makann je time ni.

.cool! gedegang ni selalu je abes stok sebab student sikula ni kuat berair =P.

sayang gile kat sikula ni,
seronok sangatttt!


dalam setiap perjalanan, yang ini antara terindah ! peace!



.sekolahku sorgaku.



05 December 2010

.setahun.

4/12/2009 ----- 4/12/2010
setahun sudah ..
maaf!

jauh sudut hati aku ingin engkau, 
tapi 
aku lagi impikan TUAH, JEBAT, LEKIR, LEKIU, KASTURI !
bakal suami lagi satu !!!!



.cinta bukan keutamaan.

03 December 2010

.NEO 949.

hai hai hari ini ana rasa ana sangat suka untuk menyatakan ana idamkan kereta SATRIA NEO. Ente tau tak,kereta itu manyak cool,ana tak saba nak habeskan study,nak kerja cepatcepat nak jadi owner NEO 949. Woot woot! abang ana kate no plat tak boleh ade 'O' tapi takpe,ana nak merayu sampai dapat kat JPJ, kalau kena beribu pun ana sanggup. Tuhan! Psst psst doa yang ni makbulkan jugak tau,even doa ni macam anganangan matjenin je. Ouhh neo a.k.a my future hubby! LLY NEO!