24 July 2011

ayam fared

kalau aku suka

aku kejar-kejar sampai dapat

oit !

aku kejar sebab aku nak kenal

ayam . siapa dia ?

entah.


ni dia ....



  ......................................



yang aku tahu

aku suka hati dia

itu je.

percaya

dah sampai sini je aku nak percayakan sesiapa untuk kongsi sukaduka aku
bosan bila ada yang cuba ambil kesempatan
jangan terlalu bodoh mengatakan kau yang terbaik untuk bersama aku
aku dah tak percaya
semua ini bangang

17 July 2011

lemau

assalamualaikum
pembuka bicara
lembutkan hati sebelum berkata

susah kalau member kau seorang anak manja
sebab apa ?
kemahuan dia sentiasa mahu dipenuhi
kalau lepak, mesti tempat yang sesuai dengan dia je
kalau lepak, mesti kena air-cond agar muka tak berpeluh
kalau lepak, mesti nak tempat curl-ass

ouuuhhh
guwa sudah bosan
guwa sudah rimas
guwa sudah menyampah

nasib baik lu dapat member penyabar macam wa.

puji diri adalah baik untuk menjatuhkan orang lain.

16 June 2011

bukan lucah

betul-lah 30hari ke 40hari hilang daya ingatan kalau layan porno
bukan layan
dah terhidang
ni aku benci masa lapang
macam-macam movie kawan bagi
nah ! ambik kau.

tiada satu pun movie yang berbentuk ilmiah
fuh !
bukan salah kawan
salah aku yang sudah satu
eh satu lagi-lah
eh lagi-lah
adoi. melampau !

dah-dah pulang balik semua tu
erghh ! terngiang-ngiang lagi.

*dulu kawan aku kata kau rabun, nanti first nite meraba-raba dalam gelap. dulu tak faham, sekarang dah faham ! :P

TR




saat bahagia kakak

aku ?
sebolehnya minta dijauhkan

kawan sama-sama buat maksiat

okay ni cakap terus terang aku memang dah sepak sorang kawan jauh-jauh
dah tawar hati-lah
serius !

aku tak kesah orang lain nak kutuk apa aku ada
tapi bila kau .. adoy !
aku tak faham kenapa mesti ada duri dalam hati kau ?
aku kawan kau la
kecik hati dah
sangat !

maaf asyik susahkan kau untuk merempat
huh banyak jasa kau sebenarnya kawan !
banyak

okay
lepas ni memang aku cuba tak berharap dengan kau
betul cakap ayah: berdikari ! sampai bila nak harapkan orang

maaf der !
guwa sayang lu setengah mati
lu buat tahi

fikir tang hati kau je

dah naik bosan dengan luahan hati engkau
konon-nya aku suka cakap lepas
tak fikir hati makhluk lain
penat-lah

kat sini je tempat aku boleh mencarut
babi bodoh kau

aku diam bukan aku takde hati - bodoh
aku malas nak layan

aku pun ada masalah aku
tapi bukan macam kau nak gebang satu dunia kena tahu
dan menagih simpati supaya ada insan yang akan bagi semangat LA KONON

ahh
stupido !
menarik perhatian itu memang kepakaran kau
dan manusia macam aku yang menyepi ni lah dipersalahkan.

07 June 2011

bengkak mata takut tuhan

setiap sekali sebulan
singgah di kedai air tanpa cop halal

setiap sekali sebulan
singgah di kelas tarian bertiang

setiap sekali sebulan
singgah masjid memohon taubat

rutin tiada henti

30 May 2011

ijab kabul

29may2011

kakak cantek kahwin
hari besar dalam tahun ni
macam-macam emosi
seronok.penat.sedih.stress
macam-macam kerenah
mulut bau macam longkang pun ada.
tapi tak apa lah
janji SELESAI

macam nak kahwin cepat

17 May 2011

bingit

wardina. kau bawak perilaku anggun mulia tapi terlalu banyak ayat bagus buat aku rasa kurang selesa. aku tak layak menegur tapi sudah sudah la selagi masih di dunia jangan rasa dah cukup sempurna hanya dengan tudung bonggol di kepala. dulu aku peminat kau. kau hilang aku takpe. satu dalam beribu je kan.

14 May 2011

him

dia dah pulang balik senyuman tu. makan tahun nak tunggu dapat pegang janggut. sabar setan.

06 May 2011

keputusan

putuskan roh dari jasad

bila tuhan dikenali

pernah tak kau kau rasa tersepit dengan sesuatu keputusan ?

selama bertahun-tahun

aku cuba cari siapa diri aku sebenar ?

apa aku nak jadi kemudian hari ?

sambil seronok menjadi penari alam
sambil aku terfikir dosa aku yang tak pernah pudar

sambil seronok melayan makanan minuman terhidang
sambil aku terfikir dosa yang aku telan sikit demi sedikit

aku benci bila ada yang memanggil aku dengan nama penuh aku
nama aku tak secantik sikap yang aku ada

ya allah ya allah ya allah !

panasnya azab-mu sudah aku rasakan

05 May 2011

macam bang-la

aku doa untuk perpisahan aku dan dia.

untuk kali yang ke berapa entah.

aku tak ditakdirkan untuk lelaki.

jangan cuba untuk menjadi pengawal peribadi yang tidak berbayar.

04 May 2011

a cup of coffee

hari ini hari aku lahir

aku belum tidur

dan mak baru terjaga

dia buatkan aku kopi

dan nyanyikan lagu

happy birthday to you
and a cup of coffee for you..

kopi 434 untuk study lewat malam.
mana nak carik kopi 434?
datang muar.

terimakasih tuhan bagi aku nafas lagi.

02 May 2011

perempuan yang buta

sorang-sorang hawa mengadu cerita pasal hubungan mereka

aku fokus pada mereka yang berhubungan dengan tunang atau suami orang

ehem ! ehem !!!!!

serius guwa sebagai perempuan mahu jeling tajam kat lu orang (perempuan buta)

menyampah dan kesal punya member seperti kalian

hello, guwa- err..aku bercakap pasal aku ada pengalaman

kau orang kata kau orang sayang mamat tu

so tak mau tinggal la KONON.. KONON

habis kau orang tak ada fikir perasaan orang lain ke

orang yang lagi punya ikatan serius dengan mamat tu?

isteri beb. tunang beb. kau ape dengan dia? setakat 'awek'

okay boleh diri dekat tingkat 18 dan terjun

tak pun aku sendiri tolong tolak

benci dengan perempuan takde mata dan akal macam kau

okay, tadi aku kata aku ada pengalaman

iya, memang susah nak buang mamat yang kita dah feeling habis

tapi kasik buka minda luas-luas

itu orang punya yang kau nak jugak apehal?

bahagian kita nanti ada la. kecoh la perempuan macam ni

buat malu la jadi perampas. sekian.

24 April 2011

hamba dan robot

bangun pagi gosok gigi
jumpa tuhan
kadang-kadang otak ke lain (tak khusyuk)

sediakan kertas A4
latihan-latihan maths
hari-hari

tengah hari
siap-siap pergi turun bawah
beli makanan
dan suratkhabar

masuk bilik
makan baca makan baca
dengar muzik
tengok komedi
tidur

jumpa tuhan lagi
latihan-latihan maths lagi
sampai pukul lima petang
jumpa tuhan lagi

malam
latihan-latihan maths lagi
jumpa tuhan lagi
tidur sampai subuh

bila aku carik tuhan tak jumpa


Aku takut aku pancit kat tengah jalan, aku takut aku mengalah kat tengah jalan.
Tuhan, lama lagi ke aku kat dunia ni?
Risau aku, risau kalau kalau aku terpelecok di tengah jalan mencari-mu dan tika itu, turn aku dah sampai.
Aku rasa amaran kau yang paling aku takot,
Amaran menjauhi mungkar, amaran meninggalkan amal ibadah, amaran-amaran lain …

Aku percaya hanya tuhan saja yang berkuasa campak aku kat sorga atau neraka,
Sebab tu, aku tak pernah amek pusing apa manusia-manusia itu bingit kat aku.
Setebal mana dosa aku, senipis mana iman aku, hanya tuhan yang tau buku 555 aku tu.

Tuhan, kan senang kalau kau bagi signal bila tarikh itu?

23 April 2011

peperiksaan musim

uit uit musim peperiksaan dah tiba, dah lepas dua kertas pun dah.

aku cuba berlaku baik dengan tuhan.ye! walaupun nanti mesti ada sakitkan hati tuhan lagi.

tapitak apa, aku bukan jenis putus asa.

nak periksa ni, aku cuba untuk tak buat hal, tak nak lagi sebok dengar gosip, tak nak lagi gaduh-gaduh. senyap je. tak nak balas bila orang buat jahat. senyap je. heee
kita berjaya puasa dua hari- mula-mula niat nak diet tapi mak kata tak elok nanti tuhan tak berkati.
hee dah tu niat macam biasa-lah : kerana ALLAH. semoga kebaikan berpuasa ni ada rahmat-nya.

ouh oke! nak keluar pergi beli makanan. selalunya aku suka kedai yang ada nasi banyak dan murah walaupun tak sedap! hee kalau nak sedap tunggu duit banyak sikit. hee aku kat rumah je demand lebih tapi kat tempat orang tau berjimat dan sentap je la apa yang terhidang. cewah. dah ! chalobeteh!

16 April 2011

talapia sambal

satu-satunya makanan fevret aku.rasa tak jemu balik rumah mak taram masak lauk ni hari-hari.mak aku pun relax je sebab tau kalau masak 6 ekor sekalipun pagi petang siang malam memang aku mengadap lauk tu je. Kadang-kadang mak pujuk aku suruh makan lauk lain sebab adik beradik aku bukan semua nak telan ikan talapia hari-hari tapi aku makan lauk lain tu pun lepas kena PAKSA.hee sebab tu kalau balik takde talapia memang buat muka tempe. hah.tu mak aku dah ready nak masak talapia. guwa nak kena blah. tunjuk muka kat dapur tolong TENGOK mak masak. chalobeteh!

15 April 2011

tersepit

ini pasal hati. kalau boleh memang malas nak cakap pasal hati. lagi-lagi aku tersepit dengan hati. lima tahun eh sekarang dah enam tahun aku tanam dalam-dalam rasa hati untuk dia. dia dah milik orang. aku dah jauhkan diri tapi ... entah satu hari nanti aku nak temu dengan kau. bunuh hati ini yang terlalu setia dengan engkau yang tak pernah kesah akan hati ini. senyuman palsu aku terukir sampai sekarang. jiwa aku tak henti berlakon riang. aku penat. aku penat jadi pelakon di pentas dunia. aku cuma minta satu alunkan kembali petikan gitar 'teratai'.

07 April 2011

tidak mahu dicintai

iya iya udah berpacaran tapi

bisa bisaan aku nggak mau ada cowok sih.

kapan mau ditinggalin? haha budus.

lantak-lah. keutamaan aku adalah hidup aku deh.

terimakaseh puan pensyarah

dah macam seorang mak

best beb

pensyarah ni kalau keluar ayat memang sentap

kadang kadang aku rasa macam dia tahu tahu je

apa yang student tengah lalui

yang paling aku ingat

dia kata bila kita asyik hidup senang tu yang kita cepat mengalah bila tak berjaya

banyak betul

serius aku sayang gila puan ini

macam bunda yang aku sayang, banyak pujuk hati dari pujuk minda

kalau aku jadi ibu, aku mahu ada hati lembut tapi tegas. amin

06 April 2011

aku mahu diam sampai mati

kawan aku tanya:

kau kan kalau orang sakitkan hati kau,
kau buat apa?

aku jawab:

aku diamkan je.

kau memang, mati la macam tu ! balas kawanku.

hehehehe

dalam hati aku,

selama 10 tahun aku mula kenal perilaku manusia,
aku tak mati pun ?
alhamdulilah, berkat cara bunda mendidik. aku tak mudah tewas dengan hasad dengki manusia.

kadang-kadang memang aku kecewa dengan segelintir kawan.
aku mudah sayang kawan tapi akhirnya kawan itu yang paling menyakitkan hati.
tapi takpe. aku diam asal aku dan engkau terus hidup dan masuk lubang kubur masing masing.

terasa kerdil

walaupun aku sememangnya rendang.

tapi bila seorang lelaki yang warak (aku tengok dari luaran),

iya suara sedap untuk azan, yang aku dengar.

menghulurkan salam perkenalan untuk berkawan

jujur

aku yang rendang terasa makin kerdil makin hina

aku jauhkan diri sejauhnya

bukan aku tak sudi,

malu dengan diri yang

kurang ilmu agama

kurang iman

hai awak. saya tahu awak dekatkan diri untuk ajar saya cara islam yang sebenar

tapi percaya-lah saya di didik sebaiknya dengan cara islam

tapi diri ini yang masih degil sombong dengan amaran tuhan

diri ini yang masih seronok menari dengan tarian alam

mohon awak doakan saya ke pangkal jalan.







.saya tak pernah berhenti untuk kejar syurga.

14 March 2011

tak boleh hidup tanpa ekau

fon telinga
balik je shah alam, baru teringat tertinggal fon telinga dalam bilik tidur di muar. ouh, satu hari tak keruan beb.
sumpah aku tak bolh hidup tanpa muzik yg terus menusuk ke telinga.

surat khabar lama dan baru
aku suka baca surat khabar walaupun bukan semua berita lekat kat kepala tapi itu keterbiasaan aku sambil makan kena baca surat khabar. *konon macam educated gila.

makan
kalau aku tak makan. aku boleh jadi harimau kelaparan.

dah tam-mat.

06 March 2011

jangan tengok, renung, perhati aku

entah kenapa.

dari dulu lagi aku tak suka ditengok, direnung, diperhatikan

dan

itu juga lah yang orang sering buat kan aku

aku ni alien ke

kalau tengok jangan lama lama

kalau renung jangan lama lama

kalau perhati jangan lama lama

aku cuma tak nak kau terkejut bila aku mengamuk macam harimau

terima kasih.

03 March 2011

minda tepu

bukan mudah seorang kabaret nak tukar identiti

puas

guna jampi ayat ultraman

bertukar !

tapi jelas memerlukan kesabaran


dunia penuh hiburan diganti dengan ilmu

sabar sabar

aku mahu landasan benar lepas ini

sebab

malas dah nak jumpa tuhan menangis nangis mintak ampun

malu dah dengan tuhan asyik dosa sama je.

10 February 2011

nikmat kena tarik

hari khamis dan jumaat.
pelajar uitm dapat cuti tiba-tiba.
aku balik kelas, mandi-mandi, terus carik tiket.
gila ramai pelajar uitm kat kaunter.

nikmat aku dapat balik rumah lagi.
tapi nikmat lagi satu dah kena tarik kejap.
suara hilang.
'padan muka' aku letak kat dahi ni.
tekak sudah sakit aku langgar pantang 'ais'.
kaw-kaw lah kan hilang terus suara.

malas nak pergi jumpa dukun tekak nanti kena dengar kuliah subuh.
"i have told you before, no ice no ice baby" *baby aku tambah*

macam mana aku boleh hidup tanpa ais?
ketagih dah.

:)

04 February 2011

akil baligh

akil baligh. kemudian aku mula suka dengan lelaki. iya. suka. dia lelaki pertama aku jeling jeling tengok masa dalam kelas. sumber inspirasi.

dulu masa budak, aku tak malu. aku bagi dia ais krim solero. dia duduk depan aku je. aku tengok rambut dia baru gunting. ada biru biru urat dia. dia manis je.

ada budak perempuan satu kelas dengan aku suka dia. budak perempuan ni lagi lawa. aku tengok dari jauh je. masa tu dah pandai cemburu. sengal.

jumpa kat facebook. aku add dia. laju je. dia tiba tiba mahu ungkit cerita lama. malu. aku tukar topik.

itu cerita dulu. tiba tiba aku ada perasaan kat lelaki.

:)

jilat ludah

mungkin malam ni. ouh! pagi ni aku bakal mengomel banyak banyak sebab bila balik shah alam aku kurang online. konon-nya fokus belajar ! konon.

jilat ludah ni spesel aku tuju pada lelaki yang pernah bertapak di ruang hati. sengal. kisah lama. aku dah babai tapi dia datang mahu kemaafan. oke. aku sudah bagi. dia datang lagi mahu minta hati. aku diam bisu.

bodoh.

gerak hati kata dia masih punya perempuan. betul. tuhan bagi bukti. bodoh. lelaki itu bodoh. aku masih diam masih teguh dengan sabar.

aku takde hati lagi-lah bodoh. aku tak berani sebut selain bodoh. nanti mak aku cili mulut.

:)

lembab

lembab bikin aku panas bikin aku marah dan pasti bikin aku mengamuk.

iya. aku panas baran.

lembab
berukben buat hal. lagi dibayar lagi lembab.

lembab
member janji nak discuss jam dua petang. tunda tiga petang. tunda empat petang. tunggu tunggu dia jalan lenggang kangkung.

lembab
kaunter pos malaysia. makhluk yang mahu berurusan hanya empat orang tapi macam empat puluh orang.

lembab
nak tunggu burger kat dataran cendekia siap. sedap punya pasal, buang jauh jauh baran itu.

lembab
bila aku nak keluar dengan puan habibah. puan habibah tunggu sampai tertidur. akibat aku dah berjinak dengan mekap dan shawl belit.

:)

03 February 2011

kaduk nak dijunjung

kaduk nak dijunjung.

kaduk tu macam sireh, tapi kaduk bukan lah spesel macam sireh 
yang menjadi wajib digunakan untuk buat sireh junjung.

tapi kalau dah takde sireh, orang dulu guna kaduk.

so ayat ni bermaksud 
jangan-lah kita lupa diri macam kaduk yang tak setaraf dengan sireh walaupun sama jenis.

anti-nikah

keterlaluan bukan. mungkin tapi pasti.

aku mungkin belum matang mungkin terlalu banyak mungkin dalam minda ni tapi terlalu banyak tapi ini pendapat aku tentang nikah atau lebih senang aku bilang kahwin aja. iya kahwin ! huh. dengar pun dah macam ada beban (batu) besar duduk atas kepala.

abang aku bakal kahwin. aku rajin tanya dia soalan soalan bodoh. mungkin? tapi bukan apa cuma mahukan kepastian adakah dia dah bersedia menghadapi dugaan kahwin ni. err. dan sebenarnya aku yang masih nggaak mahu lepasin abang aku kahwin awal. mana bisa, aku masih belum puas menjadi adek mengada. oke. tajuk lari.

err. aku kini sedang kenal seekor kumbang. iya. nampak macam oke tapi jujur aku masih tidak bagi cop mohor yang dia bisa menjadi lelaki pasti untuk aku. iya. sebabnya mana bisa aku membuat keputusan sedangkan perjalanan masih panjang. *masih bisa untuk aku nyarik yang lain. *ketuk kepala.

ala. pada aku kahwin itu leceh. opps!. tapi gimana, aku masih mahu nyarik kepuasan diri. mahu kumpul duit, mahu betulkan iman dulu, mahu enjoy dengan temen temen dulu, seronok dengan keluarga dulu. iya. banyak lagi aku mahu fikir sebelum ijab kabul dong.

lagi lagi aku sikap panas baran aku belum hilang. sebelum suami, mak mentua aku heart attack tengok perangai aku, baik aku jauhi nikah dulu. belajar belajar biar pandai macam hamis jalikha !

22 January 2011

entry melambatkan maghrib


 mak aku kata, muka dulu dagu satu sekarang dagu dah ada dua !

agak tensi disitu tapi tolak tepi, tolak la selagi aku kuat.

takpe, takpe ... wuu.. kebaya dah lama tak sentuh ! shit.




tetibe nampak batang eskrem ni, comel-comel, idea buat spesel kad untuk siLelaki.

aku rasa la, aku rasa sejak ada siLelaki ni hati jadi lain, makan jadi sedap je, asyik lapar je.
hai-mehhhh ! manyak benci, mau mintak lepas lah, mau makan hati, mau pinggang dulu, mau lengan dulu.

errr ... ! 

perempuan leceh. banyak bunyik.



apa perasaan bila jadi cantik ?

bonjour !

cantik. subjektif.

aku teringin nak tanya orang cantik. mesti kau punya life gila best kan? yelah, perfect face plus ouhh body? tapi mostly, mereka sombong. opps! persepsi negatif lagi sekali. soryy !

tapi pelik pulak bila ada yang cantik ni mengadu life dia tak secantik apa yang dia ada. ouhh ! manusia kan? mana ada sempurna.

aku asyik risau dengan berat yang makin lama, makin menuju puncak plus semakin lemak bertambah semakin jerawat bertambah. muka makin .. ! oke takpe, letak tepi tu semua.

kira oke juga lah aku sekarang dari yang dulu, rasa kalau muka yang dulu, boleh buat orang tengok aku macam doraemon bergerak je.

*kakak aku punya ayat: dek, macam mana muke sekarang boleh comel (walaupun dia agak lambat untuk menyebut perkataan ini)? dulu kan muka biasa je, takde la macam sekarang?*

membuktikan betapa teruk nya aku yang dulu kan?

au revoir !

21 January 2011

tuding jari

bonjour!

ingatan untuk aku, kau dan umumnya KITA .. manusia acap kali akan salahkan orang lain sebelum sedar kesalahan diri sendiri. aku perasan hal ini bila ianya berlaku pada diri aku takpun isu keadaan sekeliling. contohnya, bila hamba Allah ni kena saman sebab melebihi had laju, habis dimakinya pegawai polis yang hanya menjalankan tanggungjawab. bila mat rempit bilang dia jadi macam tu sebab mak ayah sibuk bekerja dan tak hiraukan anak-anak. bila pelajar repeat (gagal dalam subjek tertentu), pasti ada yang menyalahkan pensyarah sengaja menggagalkan mereka. MUDAH kan kita menuding jari telunjuk yang satu kepada orang lain, sedangkan kita tak perasan empat jari lagi mengarah ke kita. maaf! ini pendapat aku. kadang-kadang kesilapan menuding juga berlaku dalam hidup aku, aku menuding orang itu ini yang salah, bila aku muhasabah diri, ada juga kesilapan itu adalah dari aku. jom? kita banyakkan lihat salah diri kita sebelum salahkan orang lain.

au revoir !

fraction of the heart ...

hati aku ada satu sahaja, 
tiga per empat untuk keluarga, 
satu per empat untuk engkau, 

.HATI.

19 January 2011

pelajar universiti yang takde masa depan ...

wuuuuuu !

ini ekspresi aku bila memikirkan masa depan,

member itu member ini berbicara tentang apa dieorang nak jadi akan datang, nak sambung master la, nak jadi itu la, nak jadi ini, etc ... semuanya WAHHHHHH ! tapi aku ...

yang aku harapkan perjalanan aku clear, tapi aku jarang harap tinggi-tinggi sebab dari kecik lagi aku bukan lah tergolong pelajar pandai, famous, etc ... dan syukur juga lah walaupun budak senget macam aku ni selalu gak ALLAH bagi pertolongan, serius! aku tak pernah pun harapkan aku dapat U, aku tak pernah pun terfikir aku kena mengadap buku-buku yang pada aku - PERGHHH ! aku tak pernah mengharapkan mempunyai kesenangan dalam hidup, tapi rezeki tak henti-henti, 'ayah kata kena rajin sedekah, kalau kita sedekah takkan kita jadi papa punya', tu yang dia terapkan dalam family aku. aku teringat juga ayah cakap kalau dia yang tak pandai bahasa inggeris boleh travel luar negara, kenapa aku yang pandai (sebab masuk U, err?) dari dia dah putus asa cepat ? hurmm... fikir-fikirlah !

masa depan aku cuma aku harap sangat hidup aku lebih dipermudahkan, jadi muslimah yang sejati (aurat betul-betul jaga, ibadah sempurna), rezeki tak henti, sempurna akal, badan, dan jiwa... dan yang paling penting aku doa sangat aku akan sentiasa berbahagia dengan keluarga. kehilangan ayah buat aku rasa keluarga yang paling penting sebelum yang lain-lain.

16 January 2011

tengs FATINLIYANA bagi info braces !

Ekau macam tau-tau aja gwe nak pakai braces, gwe sebok dok tanya orang itu ini tapi jawapan macam tak mempuaskn hati so bile tengok entry ekau,suko beno lah hati gwe! Gwe andaikn pakai braces macam pakai lens,dulu takot-takot,kena jangkitan itu ini,mate merah tapi bila dah tau penjagaan..semuanya 'takde hal-lah!'. Hahaha oke,kumpul duit cepat-cepat,nak pakai cepat-cepat.

08 January 2011

diamkan aje ..

termakan hati, terkecik hati ..

aku selalu salahkan diri aku dalam setiap kerusakan keretakan dalam hubungan.
aku andaikan kalau bukan salah aku, tak kan dia berkelakuan begitu ?

aku tak tahu macam mana nak jernihkan balik, hubungan yang dah terkeruh.
aku tak tahu macam mana nak plaster balik, hubungan yang dah terluka.

aku benci bila aku terpaksa diamkan diri,
tapi buntu ..

sayang aku pada seorang sahabat,
tapi dia tak kan mengerti.


darjat kau lebih tinggi dari seorang kekasih, sahabat !

orang kata ..

orang kata kalau banyak jam atau .. selalu tukar-tukar jam,

maknanya: anda berpotensi untuk bertukar-tukar pasangan. (ouh..yeah?)

ini kakak aku cakap, entah ahli nujum mane entah pandai-pandai ajar kakak aku yang lurus bumper tu. hee bish bish! *kene sekeh ni




tangan debab-debab ni tangan aku.

aku suka banget sama jam,

so, takpe kot aku kumpul manyak-manyak sebab aku memang akan jaga dan pakai selalu,
maknanya kalau aku tukar-tukar pasangan pun, aku tetap jaga pasangan aku la kan? kan? ngee

yang paling aku sayang, yang si hitam, yang first picture tu,

2007 - 2010 hidup lagi, takde doktor yang dah operate die.


*kahwin nanti, tak nak bling-bling, nak jam je !