22 January 2011

entry melambatkan maghrib


 mak aku kata, muka dulu dagu satu sekarang dagu dah ada dua !

agak tensi disitu tapi tolak tepi, tolak la selagi aku kuat.

takpe, takpe ... wuu.. kebaya dah lama tak sentuh ! shit.




tetibe nampak batang eskrem ni, comel-comel, idea buat spesel kad untuk siLelaki.

aku rasa la, aku rasa sejak ada siLelaki ni hati jadi lain, makan jadi sedap je, asyik lapar je.
hai-mehhhh ! manyak benci, mau mintak lepas lah, mau makan hati, mau pinggang dulu, mau lengan dulu.

errr ... ! 

perempuan leceh. banyak bunyik.



apa perasaan bila jadi cantik ?

bonjour !

cantik. subjektif.

aku teringin nak tanya orang cantik. mesti kau punya life gila best kan? yelah, perfect face plus ouhh body? tapi mostly, mereka sombong. opps! persepsi negatif lagi sekali. soryy !

tapi pelik pulak bila ada yang cantik ni mengadu life dia tak secantik apa yang dia ada. ouhh ! manusia kan? mana ada sempurna.

aku asyik risau dengan berat yang makin lama, makin menuju puncak plus semakin lemak bertambah semakin jerawat bertambah. muka makin .. ! oke takpe, letak tepi tu semua.

kira oke juga lah aku sekarang dari yang dulu, rasa kalau muka yang dulu, boleh buat orang tengok aku macam doraemon bergerak je.

*kakak aku punya ayat: dek, macam mana muke sekarang boleh comel (walaupun dia agak lambat untuk menyebut perkataan ini)? dulu kan muka biasa je, takde la macam sekarang?*

membuktikan betapa teruk nya aku yang dulu kan?

au revoir !

21 January 2011

tuding jari

bonjour!

ingatan untuk aku, kau dan umumnya KITA .. manusia acap kali akan salahkan orang lain sebelum sedar kesalahan diri sendiri. aku perasan hal ini bila ianya berlaku pada diri aku takpun isu keadaan sekeliling. contohnya, bila hamba Allah ni kena saman sebab melebihi had laju, habis dimakinya pegawai polis yang hanya menjalankan tanggungjawab. bila mat rempit bilang dia jadi macam tu sebab mak ayah sibuk bekerja dan tak hiraukan anak-anak. bila pelajar repeat (gagal dalam subjek tertentu), pasti ada yang menyalahkan pensyarah sengaja menggagalkan mereka. MUDAH kan kita menuding jari telunjuk yang satu kepada orang lain, sedangkan kita tak perasan empat jari lagi mengarah ke kita. maaf! ini pendapat aku. kadang-kadang kesilapan menuding juga berlaku dalam hidup aku, aku menuding orang itu ini yang salah, bila aku muhasabah diri, ada juga kesilapan itu adalah dari aku. jom? kita banyakkan lihat salah diri kita sebelum salahkan orang lain.

au revoir !

fraction of the heart ...

hati aku ada satu sahaja, 
tiga per empat untuk keluarga, 
satu per empat untuk engkau, 

.HATI.

19 January 2011

pelajar universiti yang takde masa depan ...

wuuuuuu !

ini ekspresi aku bila memikirkan masa depan,

member itu member ini berbicara tentang apa dieorang nak jadi akan datang, nak sambung master la, nak jadi itu la, nak jadi ini, etc ... semuanya WAHHHHHH ! tapi aku ...

yang aku harapkan perjalanan aku clear, tapi aku jarang harap tinggi-tinggi sebab dari kecik lagi aku bukan lah tergolong pelajar pandai, famous, etc ... dan syukur juga lah walaupun budak senget macam aku ni selalu gak ALLAH bagi pertolongan, serius! aku tak pernah pun harapkan aku dapat U, aku tak pernah pun terfikir aku kena mengadap buku-buku yang pada aku - PERGHHH ! aku tak pernah mengharapkan mempunyai kesenangan dalam hidup, tapi rezeki tak henti-henti, 'ayah kata kena rajin sedekah, kalau kita sedekah takkan kita jadi papa punya', tu yang dia terapkan dalam family aku. aku teringat juga ayah cakap kalau dia yang tak pandai bahasa inggeris boleh travel luar negara, kenapa aku yang pandai (sebab masuk U, err?) dari dia dah putus asa cepat ? hurmm... fikir-fikirlah !

masa depan aku cuma aku harap sangat hidup aku lebih dipermudahkan, jadi muslimah yang sejati (aurat betul-betul jaga, ibadah sempurna), rezeki tak henti, sempurna akal, badan, dan jiwa... dan yang paling penting aku doa sangat aku akan sentiasa berbahagia dengan keluarga. kehilangan ayah buat aku rasa keluarga yang paling penting sebelum yang lain-lain.

16 January 2011

tengs FATINLIYANA bagi info braces !

Ekau macam tau-tau aja gwe nak pakai braces, gwe sebok dok tanya orang itu ini tapi jawapan macam tak mempuaskn hati so bile tengok entry ekau,suko beno lah hati gwe! Gwe andaikn pakai braces macam pakai lens,dulu takot-takot,kena jangkitan itu ini,mate merah tapi bila dah tau penjagaan..semuanya 'takde hal-lah!'. Hahaha oke,kumpul duit cepat-cepat,nak pakai cepat-cepat.

08 January 2011

diamkan aje ..

termakan hati, terkecik hati ..

aku selalu salahkan diri aku dalam setiap kerusakan keretakan dalam hubungan.
aku andaikan kalau bukan salah aku, tak kan dia berkelakuan begitu ?

aku tak tahu macam mana nak jernihkan balik, hubungan yang dah terkeruh.
aku tak tahu macam mana nak plaster balik, hubungan yang dah terluka.

aku benci bila aku terpaksa diamkan diri,
tapi buntu ..

sayang aku pada seorang sahabat,
tapi dia tak kan mengerti.


darjat kau lebih tinggi dari seorang kekasih, sahabat !

orang kata ..

orang kata kalau banyak jam atau .. selalu tukar-tukar jam,

maknanya: anda berpotensi untuk bertukar-tukar pasangan. (ouh..yeah?)

ini kakak aku cakap, entah ahli nujum mane entah pandai-pandai ajar kakak aku yang lurus bumper tu. hee bish bish! *kene sekeh ni




tangan debab-debab ni tangan aku.

aku suka banget sama jam,

so, takpe kot aku kumpul manyak-manyak sebab aku memang akan jaga dan pakai selalu,
maknanya kalau aku tukar-tukar pasangan pun, aku tetap jaga pasangan aku la kan? kan? ngee

yang paling aku sayang, yang si hitam, yang first picture tu,

2007 - 2010 hidup lagi, takde doktor yang dah operate die.


*kahwin nanti, tak nak bling-bling, nak jam je !