10 February 2011

nikmat kena tarik

hari khamis dan jumaat.
pelajar uitm dapat cuti tiba-tiba.
aku balik kelas, mandi-mandi, terus carik tiket.
gila ramai pelajar uitm kat kaunter.

nikmat aku dapat balik rumah lagi.
tapi nikmat lagi satu dah kena tarik kejap.
suara hilang.
'padan muka' aku letak kat dahi ni.
tekak sudah sakit aku langgar pantang 'ais'.
kaw-kaw lah kan hilang terus suara.

malas nak pergi jumpa dukun tekak nanti kena dengar kuliah subuh.
"i have told you before, no ice no ice baby" *baby aku tambah*

macam mana aku boleh hidup tanpa ais?
ketagih dah.

:)

04 February 2011

akil baligh

akil baligh. kemudian aku mula suka dengan lelaki. iya. suka. dia lelaki pertama aku jeling jeling tengok masa dalam kelas. sumber inspirasi.

dulu masa budak, aku tak malu. aku bagi dia ais krim solero. dia duduk depan aku je. aku tengok rambut dia baru gunting. ada biru biru urat dia. dia manis je.

ada budak perempuan satu kelas dengan aku suka dia. budak perempuan ni lagi lawa. aku tengok dari jauh je. masa tu dah pandai cemburu. sengal.

jumpa kat facebook. aku add dia. laju je. dia tiba tiba mahu ungkit cerita lama. malu. aku tukar topik.

itu cerita dulu. tiba tiba aku ada perasaan kat lelaki.

:)

jilat ludah

mungkin malam ni. ouh! pagi ni aku bakal mengomel banyak banyak sebab bila balik shah alam aku kurang online. konon-nya fokus belajar ! konon.

jilat ludah ni spesel aku tuju pada lelaki yang pernah bertapak di ruang hati. sengal. kisah lama. aku dah babai tapi dia datang mahu kemaafan. oke. aku sudah bagi. dia datang lagi mahu minta hati. aku diam bisu.

bodoh.

gerak hati kata dia masih punya perempuan. betul. tuhan bagi bukti. bodoh. lelaki itu bodoh. aku masih diam masih teguh dengan sabar.

aku takde hati lagi-lah bodoh. aku tak berani sebut selain bodoh. nanti mak aku cili mulut.

:)

lembab

lembab bikin aku panas bikin aku marah dan pasti bikin aku mengamuk.

iya. aku panas baran.

lembab
berukben buat hal. lagi dibayar lagi lembab.

lembab
member janji nak discuss jam dua petang. tunda tiga petang. tunda empat petang. tunggu tunggu dia jalan lenggang kangkung.

lembab
kaunter pos malaysia. makhluk yang mahu berurusan hanya empat orang tapi macam empat puluh orang.

lembab
nak tunggu burger kat dataran cendekia siap. sedap punya pasal, buang jauh jauh baran itu.

lembab
bila aku nak keluar dengan puan habibah. puan habibah tunggu sampai tertidur. akibat aku dah berjinak dengan mekap dan shawl belit.

:)

03 February 2011

kaduk nak dijunjung

kaduk nak dijunjung.

kaduk tu macam sireh, tapi kaduk bukan lah spesel macam sireh 
yang menjadi wajib digunakan untuk buat sireh junjung.

tapi kalau dah takde sireh, orang dulu guna kaduk.

so ayat ni bermaksud 
jangan-lah kita lupa diri macam kaduk yang tak setaraf dengan sireh walaupun sama jenis.

anti-nikah

keterlaluan bukan. mungkin tapi pasti.

aku mungkin belum matang mungkin terlalu banyak mungkin dalam minda ni tapi terlalu banyak tapi ini pendapat aku tentang nikah atau lebih senang aku bilang kahwin aja. iya kahwin ! huh. dengar pun dah macam ada beban (batu) besar duduk atas kepala.

abang aku bakal kahwin. aku rajin tanya dia soalan soalan bodoh. mungkin? tapi bukan apa cuma mahukan kepastian adakah dia dah bersedia menghadapi dugaan kahwin ni. err. dan sebenarnya aku yang masih nggaak mahu lepasin abang aku kahwin awal. mana bisa, aku masih belum puas menjadi adek mengada. oke. tajuk lari.

err. aku kini sedang kenal seekor kumbang. iya. nampak macam oke tapi jujur aku masih tidak bagi cop mohor yang dia bisa menjadi lelaki pasti untuk aku. iya. sebabnya mana bisa aku membuat keputusan sedangkan perjalanan masih panjang. *masih bisa untuk aku nyarik yang lain. *ketuk kepala.

ala. pada aku kahwin itu leceh. opps!. tapi gimana, aku masih mahu nyarik kepuasan diri. mahu kumpul duit, mahu betulkan iman dulu, mahu enjoy dengan temen temen dulu, seronok dengan keluarga dulu. iya. banyak lagi aku mahu fikir sebelum ijab kabul dong.

lagi lagi aku sikap panas baran aku belum hilang. sebelum suami, mak mentua aku heart attack tengok perangai aku, baik aku jauhi nikah dulu. belajar belajar biar pandai macam hamis jalikha !