24 April 2011

hamba dan robot

bangun pagi gosok gigi
jumpa tuhan
kadang-kadang otak ke lain (tak khusyuk)

sediakan kertas A4
latihan-latihan maths
hari-hari

tengah hari
siap-siap pergi turun bawah
beli makanan
dan suratkhabar

masuk bilik
makan baca makan baca
dengar muzik
tengok komedi
tidur

jumpa tuhan lagi
latihan-latihan maths lagi
sampai pukul lima petang
jumpa tuhan lagi

malam
latihan-latihan maths lagi
jumpa tuhan lagi
tidur sampai subuh

bila aku carik tuhan tak jumpa


Aku takut aku pancit kat tengah jalan, aku takut aku mengalah kat tengah jalan.
Tuhan, lama lagi ke aku kat dunia ni?
Risau aku, risau kalau kalau aku terpelecok di tengah jalan mencari-mu dan tika itu, turn aku dah sampai.
Aku rasa amaran kau yang paling aku takot,
Amaran menjauhi mungkar, amaran meninggalkan amal ibadah, amaran-amaran lain …

Aku percaya hanya tuhan saja yang berkuasa campak aku kat sorga atau neraka,
Sebab tu, aku tak pernah amek pusing apa manusia-manusia itu bingit kat aku.
Setebal mana dosa aku, senipis mana iman aku, hanya tuhan yang tau buku 555 aku tu.

Tuhan, kan senang kalau kau bagi signal bila tarikh itu?

23 April 2011

peperiksaan musim

uit uit musim peperiksaan dah tiba, dah lepas dua kertas pun dah.

aku cuba berlaku baik dengan tuhan.ye! walaupun nanti mesti ada sakitkan hati tuhan lagi.

tapitak apa, aku bukan jenis putus asa.

nak periksa ni, aku cuba untuk tak buat hal, tak nak lagi sebok dengar gosip, tak nak lagi gaduh-gaduh. senyap je. tak nak balas bila orang buat jahat. senyap je. heee
kita berjaya puasa dua hari- mula-mula niat nak diet tapi mak kata tak elok nanti tuhan tak berkati.
hee dah tu niat macam biasa-lah : kerana ALLAH. semoga kebaikan berpuasa ni ada rahmat-nya.

ouh oke! nak keluar pergi beli makanan. selalunya aku suka kedai yang ada nasi banyak dan murah walaupun tak sedap! hee kalau nak sedap tunggu duit banyak sikit. hee aku kat rumah je demand lebih tapi kat tempat orang tau berjimat dan sentap je la apa yang terhidang. cewah. dah ! chalobeteh!

16 April 2011

talapia sambal

satu-satunya makanan fevret aku.rasa tak jemu balik rumah mak taram masak lauk ni hari-hari.mak aku pun relax je sebab tau kalau masak 6 ekor sekalipun pagi petang siang malam memang aku mengadap lauk tu je. Kadang-kadang mak pujuk aku suruh makan lauk lain sebab adik beradik aku bukan semua nak telan ikan talapia hari-hari tapi aku makan lauk lain tu pun lepas kena PAKSA.hee sebab tu kalau balik takde talapia memang buat muka tempe. hah.tu mak aku dah ready nak masak talapia. guwa nak kena blah. tunjuk muka kat dapur tolong TENGOK mak masak. chalobeteh!

15 April 2011

tersepit

ini pasal hati. kalau boleh memang malas nak cakap pasal hati. lagi-lagi aku tersepit dengan hati. lima tahun eh sekarang dah enam tahun aku tanam dalam-dalam rasa hati untuk dia. dia dah milik orang. aku dah jauhkan diri tapi ... entah satu hari nanti aku nak temu dengan kau. bunuh hati ini yang terlalu setia dengan engkau yang tak pernah kesah akan hati ini. senyuman palsu aku terukir sampai sekarang. jiwa aku tak henti berlakon riang. aku penat. aku penat jadi pelakon di pentas dunia. aku cuma minta satu alunkan kembali petikan gitar 'teratai'.

07 April 2011

tidak mahu dicintai

iya iya udah berpacaran tapi

bisa bisaan aku nggak mau ada cowok sih.

kapan mau ditinggalin? haha budus.

lantak-lah. keutamaan aku adalah hidup aku deh.

terimakaseh puan pensyarah

dah macam seorang mak

best beb

pensyarah ni kalau keluar ayat memang sentap

kadang kadang aku rasa macam dia tahu tahu je

apa yang student tengah lalui

yang paling aku ingat

dia kata bila kita asyik hidup senang tu yang kita cepat mengalah bila tak berjaya

banyak betul

serius aku sayang gila puan ini

macam bunda yang aku sayang, banyak pujuk hati dari pujuk minda

kalau aku jadi ibu, aku mahu ada hati lembut tapi tegas. amin

06 April 2011

aku mahu diam sampai mati

kawan aku tanya:

kau kan kalau orang sakitkan hati kau,
kau buat apa?

aku jawab:

aku diamkan je.

kau memang, mati la macam tu ! balas kawanku.

hehehehe

dalam hati aku,

selama 10 tahun aku mula kenal perilaku manusia,
aku tak mati pun ?
alhamdulilah, berkat cara bunda mendidik. aku tak mudah tewas dengan hasad dengki manusia.

kadang-kadang memang aku kecewa dengan segelintir kawan.
aku mudah sayang kawan tapi akhirnya kawan itu yang paling menyakitkan hati.
tapi takpe. aku diam asal aku dan engkau terus hidup dan masuk lubang kubur masing masing.

terasa kerdil

walaupun aku sememangnya rendang.

tapi bila seorang lelaki yang warak (aku tengok dari luaran),

iya suara sedap untuk azan, yang aku dengar.

menghulurkan salam perkenalan untuk berkawan

jujur

aku yang rendang terasa makin kerdil makin hina

aku jauhkan diri sejauhnya

bukan aku tak sudi,

malu dengan diri yang

kurang ilmu agama

kurang iman

hai awak. saya tahu awak dekatkan diri untuk ajar saya cara islam yang sebenar

tapi percaya-lah saya di didik sebaiknya dengan cara islam

tapi diri ini yang masih degil sombong dengan amaran tuhan

diri ini yang masih seronok menari dengan tarian alam

mohon awak doakan saya ke pangkal jalan.







.saya tak pernah berhenti untuk kejar syurga.