03 February 2011

anti-nikah

keterlaluan bukan. mungkin tapi pasti.

aku mungkin belum matang mungkin terlalu banyak mungkin dalam minda ni tapi terlalu banyak tapi ini pendapat aku tentang nikah atau lebih senang aku bilang kahwin aja. iya kahwin ! huh. dengar pun dah macam ada beban (batu) besar duduk atas kepala.

abang aku bakal kahwin. aku rajin tanya dia soalan soalan bodoh. mungkin? tapi bukan apa cuma mahukan kepastian adakah dia dah bersedia menghadapi dugaan kahwin ni. err. dan sebenarnya aku yang masih nggaak mahu lepasin abang aku kahwin awal. mana bisa, aku masih belum puas menjadi adek mengada. oke. tajuk lari.

err. aku kini sedang kenal seekor kumbang. iya. nampak macam oke tapi jujur aku masih tidak bagi cop mohor yang dia bisa menjadi lelaki pasti untuk aku. iya. sebabnya mana bisa aku membuat keputusan sedangkan perjalanan masih panjang. *masih bisa untuk aku nyarik yang lain. *ketuk kepala.

ala. pada aku kahwin itu leceh. opps!. tapi gimana, aku masih mahu nyarik kepuasan diri. mahu kumpul duit, mahu betulkan iman dulu, mahu enjoy dengan temen temen dulu, seronok dengan keluarga dulu. iya. banyak lagi aku mahu fikir sebelum ijab kabul dong.

lagi lagi aku sikap panas baran aku belum hilang. sebelum suami, mak mentua aku heart attack tengok perangai aku, baik aku jauhi nikah dulu. belajar belajar biar pandai macam hamis jalikha !