13 December 2010

.masak.

scene satu:

tadi lepas aku tunjuk skill memasak, cehh bunyi macam hebat tapi realiti, aku cuma tengah rajen nak jadi chef kat dapur time cuti ni, setakat ni aku rajen buat cendawan goreng, pisang goreng, bubur campur, spaghetti gune prego, mee sup pama, nasi goreng, daging barbeque ... ceh ceh hujung jari je kan? hahahaha

walaupun semua fuds ni nampak macam simple sedap! *promote buku chef wan.
tapi tak semua orang rajen nak buat kan? hehehe so di atas kerajenan aku menjengah dapur time cuti, bunda dan kakak aku keluarkan statement ni: "ouh dah pandai masak da die, boleh lah kahwin lepas ni". ngee ape lagi? ape lagi? aku pun cakap: "nak nak nak !" konfem la siapa yang dengar aku cakap macam ni akan bilang gwe 'gatal, gedik' ...

ouhhh,walaupun sesungguhnya, kalau duit aku setinggi gunung, skill masak dah macam chef wan *promote lagi*, budi pekerti mulia, body dah slim melim.. aku insyallah tak nak fikir kahwin lagi, ouhh tidak!



scene dua:

salah seorang member lelaki yang tetibe call,

woytt, ko tengah buat ape? aku call tak angkat angkat?

baru lepas basuh baju. *part time jadi maid time cuti*

tak masak ke? dah nak dekat lunch dah ni

kakak aku la yang masak

ko bile lagi nak belajar masak? umur dah cukup nak buat jadi isteri aku
*ayat memang macam nak kena maki*

aku belajar masak time aku cerai dengan ko nanti

engko ea, ade je jawab, kang takde lelaki nak ko kang, dah la buntal
*memang tunggu saat nak kena double maki*

buntal buntal aku, de kacau hidup ko? ala relax la, nanti nak kahwin aku belajar la masak tu,
bukan cucah, cenang je! ngee

******************************************************************************

**psst! siyes, aku suke masak tapi perlu ke rush nak pandai masak? hello, makcik aku masak sedap tau even die belajar masak lambat, mak budak ni  ANYS AMYRA, kalau nak order laksa sedappp sangatt, deal la dengan mak die, heheehehehe ampunnn !


.MASAK PIKAT SUAMI.